suria

Tular video mirip Inara Rusli 'syok' menari di kelab malam, ramai luah tak puas hati... "Bukan ke dia dulu sudah berubah?"

Inara Rusli didakwa pergi ke kelab malam.

PENYANYI Indonesia, Inara Rusli sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila didakwa mengunjungi kelab malam bersama suaminya, Insanul Fahmi.

Menerusi satu video tular di platform X, Inara dilihat sedang menari bersama sekumpulan rakan yang dipercayai berada di sebuah kelab malam di Indonesia.

Bagaimanapun video berkenaan tidak disertakan sebarang pengesahan yang jelas sama ada individu tersebut benar-benar Inara yang juga bekas isteri kepada penyanyi Virgoun.

Antara klip yang mendakwa Inara sedang bergembira di kelab malam. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan penampilan wanita yang didakwa menyerupai Inara itu.

“Sedihnya kalau betul itu Inara. Sedangkan dulu dia sudah berubah.

“Betulkah itu Inara? Rasa macam tidak percaya pula!

“Inara dan juga Jule ini macam tiada beza. Dua-dua sama sahaja,” luah netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan mental Inara Rusli makin terjejas, konflik anak dan rumah tangga belum temui titik noktah... Sedia diceraikan 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara Rusli

Sebelum ini, nama Inara menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan dia berkahwin secara senyap dengan suami orang.

Bagaimanapun, Inara kemudiannya tampil memberi penjelasan dengan mengesahkan bahawa dia dan Insanul Fahmi telah mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos tahun lalu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain