PELAKON Leona Agustine mendedahkan dirinya pernah berdepan gangguan seksual. Menurut Leona, 36, kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2021 dan individu yang melakukan perkara itu merupakan seorang dikenali ramai. "Agak terganggu bila baca kes gangguan seksual kerana pada tahun 2021 saya pernah mengalami kejadian seperti ini. Pendedahan Leona mengejutkan ramai pihak. "Dia sampai buka seluar depan saya dan sebagai tidak balas saya lempar bantal. "Lebih teruk lagi saya kenal orang itu. Sudah berkeluarga dan ada anak tiga. Kumpulannya sangat terkenal," katanya. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci sama ada individu berkenaan merupakan seorang vokalis atau pemain muzik sebuah kumpulan. ARTIKEL BERKAITAN: Simpan akaun ‘OnlyFans’ dalam telefon bimbit, pempengaruh Taiwan diusir dari Singapura ARTIKEL BERKAITAN: Tular video mirip Inara Rusli 'syok' menari di kelab malam, ramai luah tak puas hati... "Bukan ke dia dulu sudah berubah?"Leona juga memberitahu lelaki berkenaan seolah tidak menghiraukan perbuatan tersebut dan masih berlagak seperti biasa. Pengalaman itu juga membuatkan Leona faham akan kesukaran mangsa yang pernah mengalami nasib sama untuk mendedahkan cerita sebenar. "Tak mudah untuk bercakap. Kesannya keluarga orang lain akan hancur, kerjaya juga boleh jatuh," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!