suria
mStar - Urban.Versatil

Bekas anggota 4Minute pilih tinggalkan Korea Selatan, pindah ke Bali

Ga Yoon meninggalkan Korea Selatan sejak tiga tahun lalu.

BEKAS anggota kumpulan 4Minute, Heo Ga Yoon mendedahkan sebab utama dia meninggalkan Korea Selatan dan memilih untuk menetap di Bali, Indonesia. 

Menurut Ga Yoon, Korea Selatan menjadi tempat terlalu banyak kenangan pahit termasuk trauma akibat menjadi mangsa buli serta kehilangan abang tersayang. 

Ga Yoon mengakui hidupnya lebih tenang di Bali.

"Saya pernah menjadi mangsa buli di sekolah dan saya hanya memilih untuk menerimanya," katanya. 

Dalam pada itu, Ga Yoon memberitahu pengalaman itu membuatkan dirinya berasa rendah diri dan menyimpan segala masalah seorang diri. 

Tambah Ga Yoon lagi, dia tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan dan turut mengalami bulimia iaitu gangguan pemakanan berlebihan yang berpunca daripada tekanan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ada kaitan kes ‘Burning Sun’, peminat minta Hyuna fikir semula keputusan berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Jiyoon tinggalkan 4Minute

Malah, ujian hidupnya menjadi semakin berat apabila abangnya meninggal dunia secara mengejut pada tahun 2020 akibat penyakit kronik. 

Susulan itu, Ga Yoon mengambil keputusan untuk berehat dan menenangkan fikiran dengan bercuti ke Bali bersama rakan sekumpulannya, Jiyoon. 

Bagaimanapun daripada situlah dia mula jatuh cinta dengan keindahan serta ketenangan pulau berkenaan.

Kini sudah masuk tahun ketiga penyanyi berkenaan menetap di Bali dan mengakui keadaan mentalnya semakin pulih. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain