suria

Jeon Jiyoon Tinggalkan 4Minute

Jeon Jiyoong menamatkan kontraknya pada beberapa yang lalu sekaligus meninggalkan kumpulan 4Minute.

SALAH seorang ahli kumpulan 4Minute iaitu Jeon Jiyoon mengambil keputusan meninggalkan syarikat pengurusannya iaitu Robin K Entertainment. 

Sumber dari agensi itu mengesahkan Jeon Jiyoon atau lebih dikenali sebagai Jenyer telah menamatkan kontraknya beberapa hari lalu dan ia sekaligus keluar daripada 4Minute.

"Memang benar Jiyoon telah menamatkan kontraknya beberapa hari lalu. Kami berbincang secara baik dan akan sentiasa menyokongnya," kata wakil agensi itu seperti dilaporkan Soompi. 

Selain Jeon Jiyoon, pelakon Yang Mi Ra juga membuat keputusan sama manakala pelakon Seo Ha Joon sahaja masih dibawah pengurusan syarikat tersebut.

Sementara itu, Jeon Jiyoon sebelum ini mengumumkan dia akan kembali dengan single solo pada 12 September ini.

Jeon Jiyoon, 4Minute

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain