suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

George Clooney Sudah Biasa Jadi Bapa

PELAKON George Clooney sudah dapat membiasakan diri menjadi seorang bapa kepada anak kembarnya iaitu Alexander dan Ella.

Malah kata George, 56, dia juga mahir menukar lampin anak-anaknya walaupun tugas itu sukar baginya ketika mereka baru dilahirkan.

"Saya sangat bagus menukar lampin! Malah saya sudah terbiasa bergelar bapa.

"Rumah kami kini tidak lagi sunyi dan sentiasa ada tangisan bayi dan ia membuatkan saya sentiasa tersedar siapa saya sekarang," katanya.

Alexander dan Ella dilahirkan pada Jun lalu di London.

Malah isteri George, Amal Clooney turut menyifatkan suaminya itu sebagai seorang bapa penyayang.

"Saya tidak ada masalah tinggalkan anak-anak kepadanya kerana tahu mereka dalam jagaan yang baik," katanya.

George Clooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain