suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal suami ada kaitan kes ‘Burning Sun’, peminat minta Hyuna fikir semula keputusan berkahwin

Hyuna dikecam netizen kerana kerap kongsi gambar mesra bersama.

SIKAP terbuka penyanyi Hyuna berkongsi tentang hubungan dengan teman lelakinya di media sosial mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Apatah lagi Hyuna dilihat kerap memuat naik foto mesra bersama bakal suaminya iaitu Yong Jun Hyun di Instagram.

Bukan sahaja meluat melihat kemesraan dipamerkan, peminat juga tidak merestui pilihan Hyuna memilih berkahwin dengan Jun Hyun.

830 x 533 - 1

Hyuna dikecam kerana didakwa pilih lelaki salah sebagai calon suami.

“Saya doakan Hyuna bahagia tetapi bukan dengan lelaki ini!

“Sila berhati-hati Hyuna, dia nampak macam seorang lelaki tidak boleh dipercayai,” komen peminat di Instagram miliknya.

Hyuna dan Jun Hyun dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Oktober depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas enam bulan bercinta, Hyuna dan Yong Jun Hyun kahwin Oktober depan

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

Sejak mengumumkan berita itu, ruang komen di media sosialnya dibanjiri kecaman yang meminta dia berfikir semula tentang keputusan dibuat.

Apatah lagi Jun Hyun pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu ‘Burning Sun’.

Januari lalu, Hyuna yang juga merupakan bekas anggota kumpulan 4minute berkongsi foto sedang berpegangan tangan dengan Jun Hyun sekali gus mengesahkan gosip mereka sedang bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain