suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pasti cinta atau nafsu, Zayn Malik sukar gambarkan perasaan terhadap Gigi Hadid

Zayn (kiri) dan Gigi mempunyai seorang cahaya mata.

PENYANYI Zayn Malik memberitahu dia sendiri tidak pasti akan perasaan sebenar terhadap bekas kekasihnya, iaitu model Gigi Hadid ketika mereka menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Zayn, pemahamannya tentang 'cinta' sentiasa berubah dan dia tidak menolak kemungkinan perasaan sayang terhadap Gigi suatu ketika dahulu hanyalah sekadar nafsu.

"Ketika itu, mungkin saya fikir perasaan tersebut adalah cinta. Tapi apabila semakin dewasa, saya sedar ia bukan cinta, mungkin nafsu atau juga perkara lain. Saya rasa itu bukan cinta," katanya.

Zayn (kiri) bersama cahaya matanya, Khai.

Biarpun begitu, bekas anggota kumpulan One Direction ini mengakui rasa hormat terhadap Gigi tidak pernah padam.

Apatah lagi, wanita itu juga merupakan ibu kepada anak hasil perkongsian hidup mereka bersama.

"Sejujurnya saya akan sentiasa menyayangi Gigi kerana dia adalah sebab anak saya wujud di dunia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perrie Edwards imbau kembali hubungan toksik dengan Zayn Malik

ARTIKEL BERKAITAN: Guna aplikasi dating cari kekasih, Zayn Malik dituduh penipu cuba perdaya wanita

"Saya sangat hormat kepadanya dan sentiasa menyayanginya tetapi tidak pasti saya pernah jatuh cinta," ujarnya.

Untuk rekod, Zayn dan Gigi mula menjalinkan hubungan sekitar penghujung 2015.

Namun, hubungan mereka sering melalui fasa putus dan kembali bersama sebelum akhirnya disahkan berpisah pada Oktober 2021.

Mereka memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain