TERUJA bakal bergelar bapa, pelakon Al Ghazali sanggup menolak beberapa tawaran kerja sebelum dan selepas isterinya melahirkan anak pertama mereka.Menurut Al, 29, dia mahu sentiasa menemani isterinya, iaitu aktres Alyssa Daguise, dan enggan melepaskan momen yang sungguh bermakna buat mereka. "Ada tawaran penggambaran sebelum dan selepas isteri bersalin, tetapi saya memilih untuk menolak.Al sedia galas tanggungjawab sebagai bapa. "Ini adalah anak pertama kami, jadi saya mahu merasai momen itu," katanya.Bercerita lanjut, Al juga kini sedang giat melakukan persiapan bagi memastikan segala keperluan anak mereka tersedia.Bahkan, dia dan Alyssa turut melakukan ubah suai rumah serta menyediakan bilik tidur khas buat cahaya mata mereka nanti.ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali sewa rumah sendiri lepas kahwin, Ahmad Dhani beri ruang ‘buat’ anak ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Dhani selamat bernikah, beri mas kahwin 16.6 gram bar emas dan wang tunai RM9,900Al dalam masa yang sama memberitahu mereka masih belum menetapkan nama anak meskipun bapanya, iaitu komposer Ahmad Dhani, sebelum ini sudah memberi bayangan panggilan bermula dengan huruf 'S'."Huruf 'S' itu ialah pilihan nama daripada Alyssa. Saya sendiri belum memikirkan nama penuh anak kami."Persiapan menyambut kelahiran sudah siap. Bilik tidur juga sedang diubah suai," jelasnya.Untuk rekod, Al dan Alyssa mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!