suria
mStar - Urban.Versatil

Ayu Ting Ting sedia bekukan telur, rancang miliki tiga orang anak

Ayu menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.

PENYANYI Ayu Ting Ting mendedahkan kini dalam perancangan untuk menyimpan sel telur sebagai persediaan awal menambah cahaya mata. 

Menurut Ayu, idea ini mula tercetus selepas mendapat cadangan daripada adiknya, Assyifa Nuraini, yang kini sedang hamil anak ketiga. 

“Belum terfikir namun dua tahun lalu, saya periksa sel telur masih banyak," ujar Ayu

Ayu dalam perancangan untuk menyimpan sel telur.

Kata Ayu, dia sudah menjalani pemeriksaan kesihatan sejak dua tahun lalu dan mendapati keadaan sel telurnya masih berada pada tahap yang baik. 

Namun atas nasihat adiknya membuatkan dia mula terfikir langkah jangka masa panjang memandangkan kualiti sel telur akan menurun seiring pertambahan usia.

Tambahnya, perancangan tersebut bukan kerana terburu-buru mencari pasangan, sebaliknya sebagai persediaan masa depan kerana dia menyimpan impian untuk memiliki tiga orang anak suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai kawan artis, Ayu Ting Ting rupanya pemalu dan introvert

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun bergelar penyanyi, ibu urus kewangan Ayu Ting Ting

Biarpun begitu penyanyi ini memberitahu status dirinya masih solo dan belum bertemu teman baharu. 

“Kalau ada jodoh saya terima, tapi saya pun tak pernah tahu dengan siapa... doakan yang baik-baik,” luahnya.

Untuk rekod Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 2013 namun rumah tangga mereka hanya bertahan dalam tempoh satu tahun. 

Ayu memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Bilqis Khumairah yang kini berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain