SEORANG penyanyi lelaki baharu mencetuskan kontroversi apabila didakwa bersikap biadap terhadap kakitangan wanita ketika sesi penggambaran di sebuah stesen penyiaran.Nama Kim Geon Woo yang juga ahli kumpulan Alpha Drive One disebut dalam satu hantaran tular di platform komuniti dalam talian, dipercayai ditulis oleh ibu kepada seorang kakitangan di MBC. Menurut dakwaan tersebut, wanita berkenaan tertekan sehingga menangis dan mengalami gangguan emosi selepas didakwa dihina oleh penyanyi terbabit ketika menjalankan tugas.Tindakan Kim beri kesan mendalam terhadap pekerja tersebut. Ibu mangsa mendakwa anaknya terdengar Kim mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan fizikalnya ketika memberi arahan kepada kumpulan itu, selain turut memandang rendah dan memperlekehkan tugasnya di lokasi penggambaran."Anak saya terdengar yang dia mencarut kepada. Dia kata boleh tak perempuan gemuk ini diam?" dakwanya. ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempatARTIKEL BERKAITAN: Rihanna buat kejutan di Met Gala, umum hamil anak ketigaSusulan pendedahan tersebut, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan MBC tampil mengesahkan identiti penyanyi berkenaan dan menyifatkan Kim sebagai individu yang mempunyai perangai teruk dan tidak beradab.Isu itu pantas menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen Korea Selatan yang menggesa agensi pengurusan Kim tampil memberikan penjelasan.Untuk rekod, Kim sebelum ini pernah berdepan dakwaan berkaitan sikap kurang baik ketika menyertai program survival Mnet, namun tampil memohon maaf menerusi surat tulisan tangan.Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak agensi berhubung tuduhan terbaharu itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!