PENYANYI Rihanna membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga ketika muncul di acara Met Gala di New York pada malam Isnin.
Tanpa berselindung, Rihanna, 37, menayang baby bump ketika melalui karpet merah acara berkenaan.
Pasangannya iaitu penyanyi ASAP Rocky ketika bercakap kepada pemberita meluahkan rasa gembira akhirnya mereka dapat berkongsi berita berkenaan.
Rihanna berjalan menunjukkan diri kini sedang hamil.
“Kami penat nak sembunyikan berita baik ini dan sudah tiba masa untuk umumkan Rihanna sedang hamil.
“Saya terharu apabila semua orang gembira dan kami pun teruja bakal menimang cahaya mata,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna kongsi foto dalam bilik bersalin, pakai rantai mutiara dan berkaca mata hitam sambut kelahiran anak
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak dapat terima hakikat, Rihanna beri bayangan bersara sebagai penyanyi
Beberapa jam sebelum acara bermula di Metropolitan Museum of Art, Rihanna yang tiba di hotel penginapannya tanpa berselindung menayang perutnya yang sudah membesar.
Rihanna juga cuba berselindung daripada paparazi yang menanti kemunculannya di luar hotel berkenaan.
Untuk rekod, Rihanna dan ASAP memiliki dua orang lagi cahaya mata bersama iaitu Rza Athelston Mayers, 3, dan Riot Rose Mayer, setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!