PELAKON Jonathan Frizzy bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun sekiranya disabit kesalahan atas dakwaan penyeludupan rokok elektronik atau vape mengandungi dadah jenis etomidate atau ubat keras.
Kesalahan tersebut dilakukan sekitar Mac lalu dan Jonathan disebut sebagai salah seorang yang terlibat dalam jenayah berkenaan.
Ketua Polis Lapangan Terbang Seokarna Hatta, Jakarta dalam temu bual bersama media memberitahu pelakon itu disyaki terlibat berdasarkan kandungan perbualan di kumpulan WhatsApp.
Nama Jonathan kini jadi sebutan ramai.
Dalam rakaman diterima Jonathan bersama tiga lagi individu berbincnag bagi proses membawa masuk bahan berkenaan dari Malaysia.
"Kumpulan tersebut berbincang tentang cara membawa masuk barang itu ke Jakarta. Tiket penerbangan juga sudah disiapkan dari Jakarta ke Malaysia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Diminta pakai cantik di rumah, peminat teruja dapat ‘jemputan’ saksi pernikahan Luna Maya
ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan tiduri 20 wanita hanya gurauan, Jefri Nichol mengaku masih teruna
Polis juga mengesahkan peranan Jonathan yang menjadi pengawal ketika pemeriksaan cukai dijalankan.
Jonathan ditahan pihak berkuasa 4 Mei lalu dan kini masih dalam siasatan polis.
Selain hukuman penjara, pelakon ini juga boleh dikenakan denda sebanyak kira-kira RM1.2 juta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!