suria

Tayang beg berjenama, netizen puji layanan Yong Jun Hyung terhadap Hyuna

Hyuna tayang beg tangan mewah yang diperolehinya.

PERKAHWINAN pasangan penyanyi penyanyi Hyuna dan Yong Jun Hyung mungkin mendapat tentangan peminat namun ia tidak menghalang mereka mengecap kebahagiaan.

Sepanjang tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pasangan ini dilihat tidak lagi berselindung dalam mempamerkan mereka adalah pasangan.

Sejak berkahwin, mereka juga kerap dilihat pergi bercuti dan melakukan aktiviti romantis.

Beg

Hyuna kerap kongsi layanan romantis dari suami.

Terbaharu, Hyuna berkongsi fotonya menerima hadiah sebuah beg tangan mewah daripada suami.

"Terima kasih," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen bersama emoji hati.

Meskipun tidak mendedahkan harga beg tangan jenama Chanel itu namun ia dipercayai berharga AS$6,400 atau RM27,100.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas enam bulan bercinta, Hyuna dan Yong Jun Hyun kahwin Oktober depan

ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat Jun Hyung memberi layanan baik kepada isterinya.

Untuk rekod, Hyuna dan Jun Hyung mendirikan rumah tangga pada Oktober 2024 selepas hampir setahun bercinta.

Pun begitu perkahwinan mereka tidak direstui peminat kerana Jun Hyun pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu ‘Burning Sun’.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain