suria

Diminta pakai cantik di rumah, peminat teruja dapat ‘jemputan’ saksi pernikahan Luna Maya

Luna dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada 7 Mei ini.

TINGGAL dua hari lagi sebelum mengakhiri zaman bujang, peminat teruja apabila ‘diundang’ menyaksikan pernikahan pelakon Luna Maya bersama Maxime Bouttier secara langsung pada 7 Mei ini. 

Khabar gembira ini diumumkan menerusi Instagram rasmi milik TS Media yang berkongsi kad undangan digital pernikahan pelakon filem Sumala itu. 

Dalam hantaran dibuat disertakan tarikh pernikahan antara 6 dan 7 Mei ini yang dijangka berlangsung di Bali, Indonesia. 

Luna bakal berkongsi momen hari bahagia bersama peminat.

“Siap-siap berdandan cantik dan kacak, dari rumah sahaja kita diundang secara maya untuk menyaksikan momen istimewa Luna dan Maxim pada 6-7 Mei. 

“Jangan lupa tulis ucapan dan hadir secara virtual di ruangan komen,” tulisnya. 

Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar ingin menjadi antara peminat yang bertuah dapat menyaksikan hari bahagia pelakon berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kad undangan perkahwinan tersebar, Luna Maya nikah 7 Mei di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya pilih kunci mulut, enggan komen bakal nikah Maxime Bouttier

“Saya bukanlah insan yang istimewa bagi mereka (Luna dan Maxime), tetapi saya pasti akan hadir secara virtual untuk menyaksikan pernikahan mereka. 

“Saya akan hadir, semoga majlis pernikahan Luna berjalan lancar dan menjadi keluarga yang diberkati Allah,” tulis netizen. 

Sebelum ini, kad undangan penikahan tertulis nama Luna dan Maxime mula tersebar namun tiada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.

Menerusi maklumat berkenaan mereka akan bernikah pada 7 Mei ini di Ubud, Bali Indonesia.

Luna dan Maxime sudah menjalin hubungan cinta selama dua tahun.

Luna sebelum ini berkongsi khabar gembira dilamar Maxime ketika mereka berada di Jepun.

Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri dari mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana perbezaan umur di antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain