suria

Peminat kecewa tiket konsert Blackpink mahal, persembahan pula tak sampai 2 jam

Peminat tak puas hati tiket konsert Blackpink dijual dengan harga lebih mahal.

PENGUMUMAN konsert jelajah kumpulan Blackpink pada musim panas ini menerima pelbagai reaksi peminat.

Allkpop melaporkan, ramai menyuarakan rasa kurang senang dengan harga tiket konsert Blackpink Stadium Goyang, Korea Selatan yang dikatakan terlalu mahal. 

Menerusi maklumat yang tersebar, harga tiket konsert di stadium berkenaan dijual sekitar 132,000 won (RM401) hingga 275,000 won (RM835). 

Blackpink bakal menganjurkan konsert di Stadium Goyang, Korea Selatan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan membandingkan dengan harga tiket konsert Coldplay lebih murah.

Kata mereka, sekiranya ingin menjual tiket konsert dengan harga lebih mahal, Blackpink harus memberikan persembahan lebih dari dua jam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink tonton persembahan Lisa di Coachella, bukti hubungan baik tiada sengketa

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak cukup nafas, peminat bengang tengok persembahan ‘separuh mati’ Jennie

“Sekurang-kurangnya BTS membuat persembahan selama tiga jam. Jika harga tiket semahal ini, maka Blackpink juga sekurang-kurangnya menyanyi dalam tempoh lebih panjang. 

“Harga tiket yang biasanya melebihi 100,000 won pun mendatangkan kemarahan, apa lagi dengan tawaran harga seperti ini

“Konsert bermula pada pukul 8 malam, nampaknya persembahan tak sampai dua jam pun,” komen peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain