suria
mStar - Urban.Versatil

Insiden tersalah ambil troli curi perhatian, tak sangka Rihanna pandai pilih sayur di pasar raya

Insiden tertukar troli di pasar raya mendapat perhatian ramai.

GELAGAT seorang wanita yang tersalah mengambil troli milik penyanyi Rihanna ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya mencuri tumpuan ramai. 

Insiden tidak sengaja itu juga membuatkan ramai terhibur apabila penyanyi itu memberi reaksi spontan kerpada wanita berkenaan. 

Kekeliruan yang berlaku bagaimanapun diselesaikan segera apabila pengawal keselamatan peribadi Rihanna tampil menegur wanita tersebut. 

Rihanna dilihat membeli barangan runcit sendiri di pasar raya.

Rihanna dilihat membeli barangan runcit sendiri di pasar raya.

Di sebalik kejadian itu, ramai yang memuji sikap Rihanna kerana tidak mudah melenting dan dilihat santai berkomunikasi di tempat awam.

Malah ramai juga yang tidak menyangka penyanyi terkenal sepertinya membeli barangan keperluan harian di tempat yang jarang dikunjungi oleh golongan selebriti. 

"Nampaknya dia (Rihanna) sama sahaja seperti kita orang biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempat

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna buat kejutan di Met Gala, umum hamil anak ketiga

"Betul ke dia pilih sendiri sayur-sayuran itu?

"Tak sangka Rihanna pun keluar beli barang runcit sendiri," tulis netizen. 

Difahamkan, penyanyi berusia 37 tahun itu dilihat membeli barangan segar di sebuah cawangan Whole Foods Market di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami