PENYANYI Indonesia, Virgoun dilaporkan bakal menamatkan zaman duda dan kembali mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya bernama Lindi Fitriyana. Ketua Pejabat Agama Daerah Tangerang, Indonesioa mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Virgoun telah membuat pendaftaran nikah pada 12 Februari lalu. Malah pasangan itu juga telah menetapkan tarikh pernikahan mereka pada 26 Februari ini. "Kami telah terima pendaftaran secara atas talian daripada kedua-duanya. Semua dokumen syarat nikah telah kami terima. Virgoun pilih tarikh istimewa untuk kembali bernikah. "Lindi sendiri datang ke pejabat untuk memaklumkan proses pernikahan mereka. "Mengikut permohonan mereka bernikah pada 26 Februari 2026 namun tempatnya masih belum diberitahu secara rasmi," jelas wakil berkenaan. Malah pihak berkenaan juga memaklumkan Virgoun akan menyerahkan barang kemas seberat 4.90 gram sebagai mas kahwin dan jumlah wang hantaran masih dirahsiakan. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporanTerdahulu kisah pernikahan Virgoun menjadi bualan selepas tular kad undangan majlis perkahwinannya. Tidak menafikan perkara tersebut, penyanyi itu bagaimanapun meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan. Ini merupakan perkahwinan kedua Virgoun selepas sah bercerai dengan penyanyi Inara Rusli pada November 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube