PENYANYI dan pelakon Korea Selatan,Ok Taecyeon dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya pada 24 April depan.Menurut laporan SPOTV News, majlis perkahwinan itu akan berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi tertutup di Seoul, Korea Selatan. Hari bahagia tersebut dijangka menjadi detik kemuncak hubungan cinta mereka yang telah terjalin selama sedekad.Taecyeon melamar kekasihnya di Paris, Perancis.Ini bakal menyaksikan perkahwinan kedua bagi anggota kumpulan 2PM selepasHwang Chansung berkahwin pada 2021.Pada November tahun lalu, Taecyeon mengesahkan dirinya bakal bergelar suami dalam masa terdekat.Perkara itu turut dimaklumkan oleh agensinya, 51K yang menyatakan majlis perkahwinan akan diadakan di Seoul pada musim bunga 2026, namun lokasi serta tarikh sebenar dirahsiakan.ARTIKEL BERKAITAN:Taecyeon bakal tamatkan zaman bujang, majlis intim di Seoul tahun depanARTIKEL BERKAITAN:Disangka melamar, rupanya Taecyeon hanya sambut ulang tahun kekasih di ParisSebelum ini 51K mengesahkan hubungan percintaan Taecyeon pada 2020.Bagaimanapun, pihak agensi menegaskan mereka tidak akan mendedahkan maklumat peribadi teman wanitanya kerana bukan dalam kalangan selebriti.Sebelum ini, spekulasi mengenai pertunangan pasangan berkenaan tercetus apabila foto Taecyeon sedang berlutut di hadapan kekasihnya di Paris tersebar di media sosial.Namun, gambar tersebut kemudiannya dipadam dan pihak 51K menjelaskan ia bukanlah momen lamaran, sebaliknya sekadar sambutan hari lahir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube