KETIKA kisah rumah tangganya terus menjadi bualan, penyanyi Inara Rusli menegaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memilih bercerai dengan suaminya iaitu Insanul Fahmi.Biarpun pernah terfikir untuk mengakhiri perkahwinan keduanya itu, namun Inara, 33, mendapat sokongan pelbagai pihak untuk terus bertahan dalam rumah tangga. Bahkan, dia juga kini tidak lagi ambil pusing dengan kecaman yang menuduh dirinya sebagai perampas suami orang.Inara yakin hubungannya dengan Insanul sah di sisi agama. "Dituduh tidak sedar diri dan merebut sesuatu yang memang sudah hancur, saya tiada masalah."Saya pernah mahu undur diri, namun akhirnya diminta oleh kedua-dua ibu bapanya dan salah seorang tokoh agama untuk bertahan," luahnya.Tegas Inara, perkahwinannya dengan Insanul adalah sah dan tidak melanggar hukum agama.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara Rusli ARTIKEL BERKAITAN: Tular video mirip Inara Rusli 'syok' menari di kelab malam, ramai luah tak puas hati... "Bukan ke dia dulu sudah berubah?"Biarpun berdepan dakwaan melakukan zina, dia sedia untuk menyelesaikan segala masalah tersebut secara baik."Ini bukan hubungan yang diharamkan agama."Proses mahkamah sedang berjalan, saya hormati dan tetap ikut sampai semua selesai secara adil dan telus," luahnya.Inara kini lebih kuat berdepan kecaman. Inara dilaporkan bernikah dengan Insanul pada Ogos 2025 yang juga merupakan suami kepada wanita bernama Wardatina Mawa.Pernikahan tersebut dibuat secara sembunyi dan susulan itu, Wardatina mendakwa suaminya melakukan zina dengan Inara.Inara sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Virgoun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube