suria
mStar - Urban.Versatil

Penyanyi lelaki popular didakwa mempunyai anak luar nikah sejak empat tahun lalu

Penyanyi popular didakwa mempunyai anak sejak empat tahun lalu.

INDUSTRI hiburan Korea Selatan digemparkan dengan berita seorang penyanyi lelaki terkenal yang dirahsiakan identitinya didakwa mempunyai seorang anak hasil hubungan luar nikah.

Menurut laporan media bertarikh 19 Februari lalu, lelaki dikenali A itu dikatakan menimang cahaya mata pada tahun 2022 bersama bekas teman wanitanya.

Sumber memberitahu penyanyi itu masih memberikan sumber kewangan pada anaknya itu.

Walaupun terdapat dokumen tertentu yang mengakui A sebagai bapa, masih belum dapat dipastikan sama ada proses undang-undang bagi pengiktirafan rasmi sudah dimuktamadkan.

Mengikut undang-undang sivil semasa, anak yang dilahirkan di luar nikah perlu melalui proses pengiktirafan oleh bapa kandung bagi membolehkan hubungan ibu bapa dan anak diiktiraf secara sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Min Hee bersalin anak luar nikah pengarah, isu pendaftaran dan hak harta jadi bualan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rahsiakan anak luar nikah sebelum kahwin, bekas suami akui tak tahu perkara sebenar

Sekiranya prosedur itu belum diselesaikan, ia berpotensi menimbulkan isu berkaitan hak warisan, kuasa penjagaan serta persetujuan perubatan.

Sumber terdekat memaklumkan A tetap menyalurkan sokongan kewangan kepada anak tersebut.

Bagaimanapun, perincian mengenai jumlah, kaedah pembayaran atau sama ada perjanjian sokongan anak sudah dimeterai masih belum dapat dipastikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain