MODEL dan pelakon Jang Yoon Ju berkongsi pandangan jujur mengenai pengalaman dalam hubungan intim, perkahwinan dan isu kecurangan menerusi video terbaharu di saluran YouTube miliknya.Menurut Yoon Ju, 46, sentuhan secara fizikal adalah salah satu aspek penting dalam rumah tangga. Berkongsi kisah peribadi, dia mengakui selesa dengan sentuhan fizikal memandangkan kerjayanya sebagai model sebelum ini memerlukan ekspresi tubuh sebagai sebahagian daripada pekerjaan.Yoon Ju tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan sentuhan fizikal. "Suami saya pada awalnya terkejut, tetapi sekarang dia yang lebih kerap memulakan sentuhan itu berbanding saya. Saya sudah melatihnya dengan baik," ujarnya berseloroh.Dalam pada itu, Yoon Ju turut memberi nasihat kepada seorang wanita berusia 26 tahun yang keliru sama ada mahu meneruskan hubungan dengan teman lelaki memandangkan tidak mempunyai keserasian secara seksual.Katanya, faktor tersebut boleh menjadi penting pada usia muda dan tidak menolak kemungkinan perkahwinan tanpa kepuasan boleh membawa kepada kecurangan.ARTIKEL BERKAITAN: Diserang penyakit tanpa keluarga di sisi, pelawak veteran terpaksa minta bantuan jiranARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa ingat kematian, Ivan Gunawan sudah siapkan kain kafan buat diri sendiri"Jika anda berkahwin tanpa rasa puas, ia mungkin boleh membawa kepada kecurangan kemudian hari. Anda masih muda, jadi mencari seseorang yang lebih serasi juga satu pilihan," jelasnya.Tambahnya lagi, keyakinan diri juga memainkan peranan penting dalam hubungan intim bersama pasangan. Dia turut memberi saranan agar berusaha memperbaiki diri terlebih dahulu sekiranya berdepan isu tidak yakin terhadap tubuh badan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube