suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawak dedah lakukan lebih 10 kali pembedahan plastik demi dapatkan badan idaman

Wajah Yeon Ye Rim sebelum dan selepas jalani pembedahan.

PENGAKUAN berani seorang pelawak wanita dari Korea Selatan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan sudah menjalani lebih 10 pembedahan sepanjang hidupnya.

Pelawak yang dikenali sebagai Yeon Ye Rim berkata, hampir seluruh badannya mempunyai kesan pembedahan sekali gus menjadi bukti pengalaman perit yang pernah dilaluinya.

Lebih mengejutkan, dia mengakui pernah melakukan pembedahan payudara, rahang, rawatan ortodontik, prosedur pergigian serta lasik demi mendapatkan penampilan yang diidamkan.

Ye Rim dan Park Se Mi anggap pembedahan plastik itu perkara biasa.

"Badan saya benar-benar sudah rosak,"luahnya.

Dia berkongsi perkara itu di saluran YouTube rakannya Park Se Mi.

Namun, paling mencuri perhatian apabila Yeon Ye Rim mendedahkan dia telah menjalani pembedahan mata sebanyak lapan kali!

ARTIKEL BERKAITAN:  Selebriti lelaki ini akhirnya buka mulut mengenai dakwaan kes rogol pelajar 16 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon terbuka kongsi nasihat hubungan intim, ajar suami manfaat sentuhan fizikal... Elak pasangan 'makan luar'

“Saya ada masalah pada otot mata yang terlalu ketat sampai susah nak tutup mata. Penglihatan saya semakin terjejas, sebab itu saya terpaksa buat pembedahan berulang kali,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjalani dua kali pembedahan tulang belakang akibat masalah slip disc ketika aktif dalam dunia hiburan.

Pendedahan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen, apatah lagi isu pembedahan plastik masih dianggap sensitif dalam kalangan selebriti di negara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain