Tersesat di kawasan yang terpencil sememangnya mencemaskan lebih-lebih lagi jika tiada talian telefon. -Gambar hiasan AI
NIAT murni untuk menziarahi kenalan sempena Hari Raya Aidilfitri bertukar menjadi pengalaman penuh tanda tanya dan sukar dilupakan buat sepasang suami isteri ini.Menerusi perkongsian @azrul.hakim21 di media sosial, situasi pelik berlaku ketika mereka dalam perjalanan untuk beraya ke rumah rakan baik isterinya yang dikenali sejak zaman pengajian itu. Ini merupakan kunjungan pertama mereka ke rumah kenalan tersebut yang terletak di Guar Cempedak, Kedah."Kami gerak awal pagi. Singgah Kepala Batas dulu. Dalam pukul 12 tengah hari, kami sambung perjalanan. Kawan isteri share location dalam group. Waktu jangkaan ketibaan (ETA) dalam pukul 2 petang."Masuk highway, keluar ikut Gurun. Sampai satu simpang, kami dah mula pelik. Dekat aplikasi navigasi, suruh masuk kanan. Tapi signboard tulis Guar Cempedak menghala ke kiri," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terasa berat, lelaki bawa daging mentah waktu malam diganggu lembaga hitam - “Saya nampak ‘dia’ cuba buka boot”Dalam keadaan tidak biasa dengan kawasan tersebut, mereka memilih untuk mempercayai aplikasi dengan anggapan ia mungkin jalan pintas.Perjalanan indah yang pada awalnya melalui jalan kampung dengan dikelilingi sawah padi mulai berubah 'suasana' apabila mereka melalui beberapa kawasan wat Siam yang sunyi dan seakan tidak berpenghuni."Patung-patung dekat wat tu berdiri kaku. Ada yang menghadap jalan. Macam memerhati. Kami lalu perlahan. Tak tahu kenapa... rasa macam diperhatikan je dari jauh," imbasnya lagi.Mereka kemudiannya berhenti sebentar di sebuah masjid kecil di sebuah kampung untuk menunaikan solat Zohor. Di situ, pasangan tersebut bertemu seorang jemaah tempatan yang menyapa dan bertanya arah tujuan.Apabila dimaklumkan mereka menuju ke Guar Cempedak, lelaki tersebut kelihatan terkejut dan memaklumkan bahawa laluan yang diambil bukan jalan yang sepatutnya.Ramai pernah berdepan pengalaman mistik apabila tersesat biarpun menggunakan aplikasi navigasi. -Gambar hiasan AIBiarpun sudah mula tidak sedap hati, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan.Perjalanan yang ditempuhi menjadi semakin mencabar apabila aplikasi navigasi membawa mereka menempuh jalan tanah merah berbatu yang dikelilingi pokok tinggi."Jam masa tu sekitar pukul 1.45 tengah hari. Tak ada satu kereta pun lalu. Tiada bunyi burung. Talian telefon hilang tapi aplikasi navigasi masih berfungsi dan menunjukkan baki perjalanan hanya sekitar 10 minit lagi," ceritanya lanjut.Perjalanan diteruskan sehingga mereka memasuki satu kawasan menyerupai perkampungan lama dengan rumah-rumah tradisional yang jaraknya agak jauh antara satu sama lain.Agak menghairankan apabila suasana yang sepatutnya meriah dengan sambutan Aidilfitri langsung tidak kelihatan, menambahkan lagi rasa tidak sedap hati pasangan tersebut."Lagi 50 meter nak sampai, maps suruh masuk kanan. Ada macam gerbang lama bertulis 'Selamat Datang'. Tulisan tu dah tak berapa nampak."Depan kami, kawasan semak ada kayu-kayu disusun macam tak bagi sesiapa masuk. Kami berhenti situ sebab jalan mati. Nak reverse."Wife aku pandang aku. Aku terus baca Ayat Kursi mat," ceritanya.Dalam keadaan cemas mahu mengundur kenderaan, mereka secara tiba-tiba terlihat seorang lelaki menunggang basikal dan hanya memberikan isyarat tangan ke arah hadapan tanpa berkata apa-apa, seolah-olah menunjukkan jalan keluar.Tidak lama selepas itu, suasana kembali berubah apabila mereka mula melihat motosikal dan kereta melalui kawasan tersebut. Talian telefon juga kembali pulih, seolah-olah mereka baru 'keluar' dari alam yang berbeza.Mereka segera menghubungi kenalan tersebut untuk mendapatkan lokasi secara langsung, dan alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan perjalanan sebenar masih berbaki hampir satu jam."Kami sampai rumah dia pukul 4 petang. Antara yang akhir sampai. Apabila cerita balik dekat kawan-kawan. mereka semua pelik. Lokasi yang dikongsi dalam group tu, sebenarnya tiada siapa boleh buka."Rupanya mereka ada kongsi lokasi baru, waktu tu line kami tak ada. Link tu tak keluar location."Malam tu kami balik. Isteri beritahu badan dia rasa lain macam. Tak lama lepas tu dia demam. Aku baru hari ni rasa macam nak demam," ujarnya menutup cerita.