LULUH hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang disayangi sanggup melakukan amalan kurafat hingga mengenakan sihir kepadanya demi untuk hidup bersama lelaki lain.Begitulah yang dialami Ramli sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinannya bersama Safina. Mengakui terkejut dan sedih, namun dia memilih untuk memaafkan isteri yang dikenali sejak zaman persekolahan.Tambahan pula, isterinya telah memohon keampunan dan mengaku kekhilafan yang dilakukan kerana terlampau mengikut nafsu.Menurut lelaki berusia awal 40-an itu, dia mempunyai masalah sakit jantung kira-kira lima tahun lalu kerana amalan merokok dan vape."Sejak disahkan mengalami sakit jantung, aku kerap ke hospital sehingga menjadi sahabat doktor yang merawat aku."Bagi memantau kesihatan aku, dia pernah beberapa kali datang ke rumah," ujarnya menceritakan punca bagaimana peristiwa hitam dalam hidupnya berlaku. Tambah Ramli, tanpa disangka, kehadiran Dr Rushdi mengundang rasa sayang dalam diri Safina.Malah sejak hari pertama bersua muka, isterinya sudah memasang impian untuk memiliki Dr Rushdi kerana ketampanan dan kulit putih mulus yang dimiliki.Ziarah menziarahi merupakan amalan mulia. -Gambar hiasan AINamun, perasaan itu hanya dipendam sehinggalah suri rumah itu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor."Pada mulanya, Safina minta izin untuk balik kampung sendirian kerana ingin menghabiskan masa bersama ibunya."Selepas beberapa hari, dia tiba-tiba menghantar mesej untuk berpisah," luahnya yang berjaya memujuk Safina daripada bercerai demi masa hadapan dua cahaya mereka.Menurut pegawai pemasaran ini lagi, isterinya pulang semula ke kediaman mereka selepas hampir sebulan berada di kampung halaman.Bagaimanapun, sejak kepulangan Safina, dia mula mengalami sesak nafas yang kronik sehingga sukar tidur malam.Situasi yang dialami itu membuatkan Dr Rushdi kerap menziarahinya bagi mengetahui punca berlaku.Pelbagai ujian kesihatan telah dibuat, namun kesemuanya memberikan keputusan positif dan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dua malam tak balik rumah, isteri kerap meracau seperti dirasuk... Sebut satu nama lelaki cukup dikenali"Bayangkan aku sesak nafas sehingga hampir tercabut nyawa tapi keputusan ujian menunjukkan kesihatan aku baik dan tidak bermasalah."Masalah yang dialami membuatkan aku cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam tanpa pengetahuan sesiapa," luahnya yang sayu apabila isteri yang dicintai tidak mempedulikan kesihatannya.Lebih mengejutkan apabila Safina sekali lagi meminta izin untuk pulang ke kampung halamannya meskipun mengetahui dia sering mengalami sesak nafas pada waktu malam.Meskipun kecewa, Ramli tetap memberi izin dan mengambil peluang untuk membawa perawat ke rumahnya."Malam selepas Safina keluar, perawat datang ke rumah bagi melakukan ikhtiar mengubati aku."Mujurlah Dr Rushdi sanggup menemani aku sepanjang rawatan dilakukan kerana keadaan aku memang tidak bermaya ketika itu," kongsinya lagi.Rawatan tradisional dan perubatan Islam antara ikhtiar untuk mengeluarkan sihir.Menurut Ramli, dia langsung tidak sedar mengenai keadaan diri sepanjang rawatan dijalankan."Dr Rushdi cakap, aku yang sedang terbaring tiba-tiba bangun dan memuntahkan cecair berwarna hitam yang berisi kuku dan rambut."Katanya, keadaan ruang tamu masa itu dipenuhi bau hanyir seperti air limbah yang lama tak diselenggara."Aku dikhabarkan kerasukan masa tu dan mencakar bilik peribadi isteri... seolah-olah mencari sesuatu," tambahnya sambil menyatakan bilik peribadi isterinya itu 'wujud' selepas kali kedua Dr Rushdi hadir ke rumahnya.Situasi genting yang berlaku itu membuatkan perawat memaksa pintu bilik tersebut dipecahkan bagi mengambil 'barang' yang ditunjukkan."Tanpa disangka aku menjumpai tangkal yang mengandungi gambar isteri aku seorang diri yang diikat bersama foto Dr Rushdi," luahnya lagi.Tambah Ramli, dia pada awalnya menyangkakan sahabat baiknya itu mempunyai hubungan sulit dengan Safina.Namun akhirnya, perawat memaklumkan bahawa isterinya cuba untuk melakukan sihir pengasih kepada Dr Rushdi demi memilikinya.