KEHENINGAN malam yang sering dinikmati Orked Sofea bagaikan direntap, apabila perutnya tiba-tiba sakit dan mengeras seolah-olah sudah tiba waktu untuk bersalin.Perasaan bimbang mula menyelebungi diri kerana usia kandungannya baru 26 minggu, terlalu awal untuknya merasai simptom braxton hicks atau kontraksi hamil. Lebih mencemaskan dirinya apabila suami yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba melompat bangun."Masa tu suami cakap, kaki dia seperti digigit sesuatu."Tapi selepas diamati, tiada kesan gigitan mahupun luka walaupun dia mengaduh sakit tidak terhingga," ujarnya yang ketika itu hamil anak pertama, kira-kira 10 tahun lalu.Menurut Orked, suaminya yang menyedari ada sesuatu yang tak kena dan terus memintanya bersiap untuk dihantar ke Pusat Penilaian Kehamilan (PAC) kerana bimbang keadaan anak dalam kandungan.Bagaimanapun, dalam kekalutan situasi ketika itu, hanya perkataan 'tukang urut' terkeluar dari mulut suaminya.Pemeriksaan CTG dilakukan bagi mengetahui degupan jantung dan kontraksi kehamilan. -Gambar hiasan AIBagi diri Orked pula, kesakitan yang dialami ketika itu membuatkan dia tidak mampu mengingati dengan jelas tentang kejadian yang berlaku sebelum itu."Mungkin dia nak bagi hint pada aku, tapi rasa sakit yang dialami masa itu membuatkan aku tak mampu ingat apa-apa."Aku terus dimasukkan ke ruangan kritikal seolah-olah bakal melahirkan walaupun baru trimester kedua."Tanpa diduga, selang beberapa minit selepas doktor melakukan ujian CTG (kardiotokografi) bagi memantau degupan jantung janin dan kontraksi rahim, aku pun bersalin," tambahnya yang melahirkan bayi lelaki.Mengakui terkejut dengan keadaan yang berlaku, wanita berusia 38 tahun ini berkata, dia bukan sahaja bersalin normal malah proses 'meneran' juga mudah.Namun malangnya, dia tidak dapat melihat anaknya ketika itu kerana bayi terus dimasukkan ke inkubator disebabkan kelahiran pramatang."Tiga bulan juga anak berada dalam inkubator, syukur dia sihat dan cerdas seperti sekarang."Selepas melahirkan, barulah suami ceritakan tentang 'tukang urut' yang disebut pada hari kejadian," ujarnya sambil menambah dirinya tidak sempat membuat persediaan kerana tidak menyangka akan bersalin awal.ARTIKEL BERKAITAN: Mata kabur, seram sejuk... Petugas imigresen cuba dipukau, jumpa tangkal dalam pasport warga asing! Mulut ligat baca manteraMenurut Orked, dia percaya tukang urut yang dikenali berhampiran lokasi tempat kerjanya menjadi punca kelahiran pramatang tersebut."Suami ceritakan yang tukang urut tersebut membela hantu raya dan memang niat nak jadikan anak aku makanan kepada peliharaan dia."Suami tahu pun selepas dia cerita situasi yang berlaku kepada rakannya yang arif berkaitan makhluk halus."Masa itulah baru aku teringat yang makcik tu ada usap-usap perut aku sambil membaca 'ayat', aku ingatkan dia baca ayat Quran, rupanya mantera."Mujurlah selepas mengurut tu suami dapat 'alamat' yang menggambarkan situasi buruk akan berlaku pada kandungan aku," tambahnya.Petanda yang diterima itu membuatkan suaminya turut pergi mendapatkan rawatan perubatan Islam.Anak yang lahir pramatang juga boleh membesar dengan sihat dan aktif. -Gambar hiasan AI"Jadi 'peliharaan' makcik tu tak sempat makan anak aku, cumanya uri anak aku dah hancur," luahnya sambil mengucapkan rasa syukur.Malah katanya, dengan izin Allah gangguan yang dialami sepanjang tempoh berpantang juga berjaya diatasi dengan ikhtiar dan rawatan yang dilakukan."Bayangkan semasa berpantang di kampung, bumbung rumah mak aku seperti dihentak dengan batu besar setiap malam."Kadang kala aku akan bau hanyir darah yang kuat selepas senja, sedangkan darah nifas aku tidak banyak."Paling aku tak lupa adalah bisikan 'tunggulah' yang sering didengari selepas bau hanyir darah hilang," tambahnya sambil menyatakan suami telah memagar rumah di kampung kerana bimbang 'gangguan' teruk berlaku.