PENGUNAAN pelaris sering dikaitkan dengan kedai makan, gerai atau restoran sehingga menimbulkan rasa was-was dalam kalangan sesetengah pembeli.Namun, ada cara unik yang dikatakan mampu membantu menilai sama ada sesuatu kedai itu menggunakan pelaris atau tidak iaitu melalui kehadiran kucing. Menurut warga maya, kucing jarang memasuki kedai yang mempunyai unsur mistik atau gangguan.Sebaliknya, kedai yang kerap dikunjungi kucing, sama ada di dalam premis atau di kaki lima, dipercayai selamat dan tidak menggunakan pelaris.ARTIKEL BERKAITAN: “Yang tak baik datang rumah kita, kucing tanggung dulu” - Perawat ajar cara kesan jin pada Oyen, 9 ekor bulus mati kena sihir dituju kepada pemilik"Tengok kedai tu atau di kaki lima ada kucing tak,kalau ada kucing makan je tanpa rasa was-was."Ini kerana kucing tidak akan masuk ke kedai atau gerai yang ada hantu, syaitan ni," menurut seorang pemuda.Dia memberi pandangan itu selepas seorang pengguna bertanya secara umum kepada mana-mana individu yang mempunyai keupayaan hijab terbuka melihat kedai mempunyai pelaris.Jawapan pemuda itu disokong oleh seorang wanita yang mendakwa neneknya pernah memberikan nasihat yang sama dalam memilih kedai makan.Katanya, kucing mampu mengesan perkara mistik dan menjadi indikator tidak rasmi bahawa kedai tersebut bersih daripada gangguan."Nenek aku pun cakap benda yang sama, biasanya kucing boleh kesan benda-benda yang mistik ni. Kalau kedai tu banyak kucing bermakna tiada pelaris," katanya.