suria

“Yang tak baik datang rumah kita, kucing tanggung dulu” - Perawat ajar cara kesan jin pada Oyen, 9 ekor bulus mati kena sihir dituju kepada pemilik

Seorang perawat berkongsi cara mudah untuk mengesan gangguan sihir dan jin dalam tubuh kucing.

SIHIR biasanya ditujukan kepada manusia, namun haiwan peliharaan juga tidak terlepas daripada menerima kesannya.

Terbaharu, seorang perawat dari Pusat Rawatan Al Idrus berkongsi panduan untuk mengesan jin dalam tubuh kucing.

Menerusi sebuah video, perawat itu berkata wujud kes kematian kucing akibat terkena sihir yang ditujukan kepada pemiliknya.

ruqayh2

Kucing yang diruqyah oleh perawat itu disahkan bebas daripada gangguan sihir.

Dia turut menampilkan seekor kucing dikenali sebagai Oyen dalam eksperimennya untuk mengesan kehadiran gangguan atau sihir.

"Hari ni ustaz nak bagi ilmu untuk kamu semua. Kita nak ruqyah kucing kita, Oyen kita ni, ada gangguan jin ataupun tidak? Ni semua boleh buat kat rumah masing-masing.

"Kenapa kucing pun perlu diruqyah? Pernah jadi kes bila ustaz ruqyah pesakit tu, kucing dia muntahkan barang-barang sihir. Kucing ni sifatnya menjaga.

Selalunya 'benda' tu berkumpul kat perut kucing. Ambil tangan kamu, letak kat perut dan baca ayat.

PERAWAT

"Semua 'barang' tak baik datang rumah kita, selalunya dia akan tanggung dulu. Pesakit ustaz tu dah blur. Sembilan ekor kucing, sembilan semua mati," ujarnya.

Menurut perawat itu, orang ramai boleh menggosok perut kucing masing-masing sambil membaca ayat suci yang diajarnya dalam video berkenaan.

"Ni cara dia, kamu ambil tangan kamu, selalunya 'benda' tu berkumpul kat perut kucing. Ambil tangan kamu, letak kat perut dan baca ayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris cerai angkara sihir! Isteri mimpi kena tikam, muntah darah waktu mengandung... Tiba-tiba tangan suami bertukar hitam

ARTIKEL BERKAITAN: “Standby ustaz rawat kau nanti!” - Lelaki ugut hantar sihir, berang mengemis RM30 tapi tak dapat hasil

"Bismillahirrahmanirrahim. Falamma alqaw qala moosa ma ji'tum bihi assihru inna Allaha sayubtiluhu inna Allaha la yuslihu Aamala almufsideen.

"Kalau kamu hafal ayat saya baca ni, boleh baca sambil tolak (perut) kucing," pesannya dalam video yang meraih 3.9 juta tontonan itu.

Selain bacaan berkenaan, perawat tersebut turut memberi saranan kepada orang ramai untuk membaca ayat 'Bismillah lima' untuk mengesan gangguan pada kucing mereka.

"Kalau ayat tu susah nak hafal, baca 'Bismillah lima'. Sambil-sambil kita letak tangan kita di perut kucing.

file7q105v8zumx4d93oibt

Kucing juga tidak terlepas menerima gangguan sihir yang ditujukan kepada pemiliknya. -Gambar hiasan

"Bismillahir Rahmanir Rahim, Bismillahi Syafi, Bismillahi Kafi, Bismillahi Mua’fi, Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma’as Mihi syai’un Fil Ardi Wa La Fis Sama’i Wahuas Samiul A’lim.

"Ya Allah, minta kalau ada benda tak baik pada kucing tu ya Allah, kau hancurkan ya Allah, kau keluarkan melalui muntah dia. Buat macam tu. Cuba buat sekarang di rumah masing-masing, komen apa jadi kat kucing kamu. Oyen ke, Pak Tam ke, ha buat sekarang," ujarnya lagi.

Pada akhir video, perawat itu membuat kesimpulan bahawa Oyen yang diruqyah olehnya sihat dan bebas daripada sebarang gangguan sihir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain