suria

Nyaris cerai angkara sihir! Isteri mimpi kena tikam, muntah darah waktu mengandung... Tiba-tiba tangan suami bertukar hitam

Nur mengimbau peristiwa hitam di mana dia dan suami menjadi mangsa sihir ketika mula berkahwin, enam tahun lalu.

PERCAYA atau tidak, masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai amalan syirik seperti sihir demi membuatkan sasaran mereka merana dan menderita.

Tidak pernah terlintas di minda wanita ini, dia dan suami turut menjadi mangsa sihir sehingga hampir merobohkan rumah tangga yang baharu dibina.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, sungguhpun insiden pahit itu sudah enam tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan dia dan suami.

"Semuanya bermula pada September 2016. Beberapa jam sebelum diijabkabulkan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Selesai majlis nikah, kami berehat di bilik kerana masing-masing kepenatan, tambahan pula esok ada majlis bersanding.

"Suami sudah tidur tapi saya pula tak sedap badan, badan menggeletar. Saya tak boleh lelapkan mata sepanjang malam, terfikir macam-macam.

"Ketika itu saya fikir keputusan ni betul ke, terasa menyesal kahwin dan macam-macam. Sedangkan sebelum itu ketika buat persiapan, saya seperti wanita lain yang gembira akan berkahwin," ujar wanita berusia 29 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu ipar jaga ayah dengan baik, adik beradik kumpul duit bayar bomoh! Takut tanah diserah kepada menantu

ARTIKEL BERKAITAN: “Setahun lebih bendasing menumpang” - Kisah pahit ketika ‘darah manis’, wanita dedah kenapa perlu elak bertunang terlalu lama

Ujarnya, memandangkan keesokannya majlis bersanding, dia enggan memenatkan fikiran dan meneruskan majlis sebagaimana yang dirancang.

"Dua hari selepas majlis, saya masih rasa macam tu. Saya beritahu suami dan tanya, dia pun rasa benda sama. Rasa tak boleh dekat. Kami tak bergaduh tapi tak boleh dekat sebab panas. Umpama magnet yang menolak.

"Sedangkan kami sebelum ini dah kenal hampir setahun sebelum kahwin, tapi apabila dah jadi suami isteri, seperti asing.

sihir 3

Kisah hitam itu berlaku pada malam selepas Nur dan suaminya diijabkabulkan pada 2016.

"Tiga minggu selepas nikah dan situasi masih sama, kami bincang. Kenapa kami tak seperti pasangan lain. Saya sedih, takkan lepas tiga minggu dah nak cerai?

"Suami kata kena usaha cari jalan. Dia telefon ayah dan ibu mentua... kami balik kampung. Ayah mentua ajak jumpa dan berubat dengan seorang ustaz di kampung," kongsinya.

Dua minggu selepas berubat secara kaedah rawatan Islam dengan ustaz berkenaan, Nur berkata situasi yang dihadapinya bersama suami kian pulih, berkat usaha mengamalkan doa serta memperbanyakkan ibadah sebagaimana yang disarankan.

"Ustaz kata ada gangguan, ada orang yang tak senang... dia tak beritahu siapa dan kami pun tak nak tahu siapa kerana nak fokus berubat.

"Lima bulan kemudian saya mengandung. Tak sangka, kami diuji kali kedua. Pada mulanya saya mimpi ada orang tikam belakang badan. Macam real. Saya tak sedap hati sebaik tersedar.

sihir 1

Suami Nur dimasukkan ke hospital gara-gara tangan kanannya mengalami gatal dan bertukar warna kehitam-hitaman.

"Tambahan pula saya sakit belakang pinggang sebelah kanan sampai ke hospital kerana bimbangkan kandungan. Saya juga dua kali muntah darah. Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius dan kandungan okay," ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.

Lebih menghairankan, lima hari selepas mimpi aneh itu, suaminya pula diserang sakit misteri di bahagian tangan sebelah kanan.

"Dia rasa sakit dan gatal. Nampak kulitnya merah bertompok tapi tak ketara. Makin hari kulit lengannya yang bertompok merah bertukar gelap dan besar.

"Kami berdua sepakat ke hospital... saya sampai jalan membongkok sebab sakit pinggang tapi doktor periksa, tiada apa-apa.

Selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata.

NUR

"Suami ditahan di wad tiga hari dan saya temankannya. Ujian darah dilakukan tapi doktor pun tak tahu apa punca tangannya gelap. Selepas dibenarkan keluar, kami sekali lagi pulang ke kampung dan berubat dengan ustaz yang sama," ujarnya.

Dengan izin Allah, sebulan selepas berubat, Nur tidak lagi berasa sakit pada pinggang dan tangan suaminya juga semakin pulih dan warna kulit beransur-ansur menjadi warna asal.

"Selepas saya selamat bersalin anak sulung, suami kena berkhidmat di selatan tanah air. Kami pun berpindah dari Selangor ke selatan, ibarat nak mulakan lembaran hidup yang baru di negeri orang.

"Alhamdulillah, selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata. Saya sekadar nak berkongsi kisah di TikTok, dalam masa yang sama bertujuan nak sampaikan mesej kepada pasangan yang lalui ujian sama.

sihir 2

Nur tabah diuji dua kali ketika awal perkahwinannya namun bersyukur akhirnya pulih selepas berikhtiar menggunakan kaedah rawatan Islam.

"Mesejnya, jangan give up. Semua orang, semua pasangan ada ujian. Ada yang diuji pada lima tahun terawal, tapi kami pula diuji betul-betul selepas bernikah. Mungkin ada yang tak senang, mungkin ada khilaf tanpa kami sedari.

"Kuncinya, jangan ikutkan amarah, sentiasa berbincang cari penyelesaian dan berfikiran positif. Fikirlah Allah akan balas ujian ini dengan hikmah dan ganjaran yang lebih lagi," ujarnya.

Sekadar peringatan bersama, menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain