suria

Sebelum kahwin sudah tanggung teman lelaki, wanita bergaji besar mula was-was nak nikah... Netizen suruh putus, cari sekufu

Seorang wanita mengakui dia sering menanggung keperluan teman lelakinya.

KEMELUT kewangan dilaporkan menjadi antara punca berlakunya penceraian di negara ini kerana ia dianggap sebagai 'jalan keluar' dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Justeru, tidak hairanlah apabila ramai gadis sanggup membujang sehingga ke akhir hayat terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan ingin mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki yang dikenali lebih tiga tahun.

Bagaimanapun katanya, dia sedikit bimbang kerana kewangan semasa teman lelakinya itu masih tidak kukuh.

Pada masa sama, dia mengakui menanggung kebanyakan perbelanjaan antara mereka berdua sehingga merasakan teman lelakinya tidak bersedia untuk menambah komitmen menerusi perkahwinan.

Antara luahan wanita yang dalam dilema dengan teman lelakinya.

Antara luahan wanita yang dalam dilema dengan teman lelakinya.

Memulakan ceritanya, wanita berkenaan menyatakan dia dan pasangan kini dalam fasa mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan.

"Sekarang kami dalam fasa nak mula kumpul duit untuk berkahwin.

"Pendapatan saya lebih tinggi daripada dia, itu tidak menjadi masalah... cuma nak tanya, kalau daripada segi duit belanja makan dan entertainment.

"Setiap bulan saya yang tolong cover atau provide sebab gaji dia memang tak cukup nak tampung perbelanjaan," ujarnya menerusi Twitter yang kemudian dikongsikan @twtmalaywedding.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis nikah pada usia 17 tahun, bergelar isteri cuma 2 hari sebelum bercerai... tapi enggan pegang status janda!

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

Tambah wanita itu, pasangannya bukan sahaja tidak mampu menanggung perbelanjaan berdua malah gaji yang diperoleh juga tidak cukup untuk diri sendiri.

Ekoran itu, wanita terbabit memohon pandangan dan nasihat daripada warganet tentang masalah yang dihadapi.

Pun begitu, dia terharu dan bersimpati kerana teman lelakinya tetap berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka menerusi perkahwinan.

"Saya nampak dia bersungguh nak halalkan, tapi pada masa sama saya simpati dengan dia sebab gaji dia tiap--tiap bulan memang akan habis bayar komitmen sahaja.

Warganet berharap wanita terbabit mencari pasangan yang sekufu dengannya. - Gambar hiasan

Warganet berharap wanita terbabit mencari pasangan yang sekufu dengannya. - Gambar hiasan

"Gaji asas minimum tolak EPF semua, tinggal berapa saja selepas dah tolak untuk bayar apa yang patut.

"Nak minta dia buat dua kerja pun, kerja hakiki dia sekarang ni memang dah cukup penat kerah tenaga," luahnya lagi.

Menurutnya, mereka berdua juga telah berbincang berhubung perkara berkaitan kewangan masing-masing, namun menemui jalan buntu.

Tambahnya yang turut meminta pandangan daripada pihak lelaki berhubung masalah yang dihadapi.

Carilah yang sekufu, sakit putus cinta hanya sementara berbanding menanggung kemudian hari.

NETIZEN

Disebabkan isu kewangan yang dibangkitkan dan gaji wanita lebih tinggi berbanding lelaki, luahannya mendapat perhatian daripada warganet.

Rata-ratanya beranggapan bahawa hubungan tersebut boleh berjalan lancar jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan berusaha memperbaiki kekurangan yang wujud.

Pun begitu, netizen berpendapat kos perbelanjaan harian dan nafkah mestilah ditanggung oleh pihak lelaki.

"Gaji lebih rendah sebenarnya tiada masalah, asalkan masih mampu tanggung belanja rumah dan lelaki perlulah kurangkan komitmen (hutang) yang ada supaya nafkah dan perbelanjaan harian tu cukup.

"Apa yang penting benda asas suami kena tanggung, kalau basic pun suami tak mampu... lebih baik jangan teruskan perkahwinan kerana nanti akan jadi masalah dan gaduh di kemudian hari.

Warganet memberi pandangan masing-masing berhubung luahan perasaan wanita terbabit.

Warganet memberi pandangan masing-masing berhubung luahan perasaan wanita terbabit.

"Awak tak kahwin lagi, jangan biasakan diri untuk tanggung dia sebelum kahwin. Kalau untuk diri sendiri pun dia tak boleh uruskan, macam mana kalau dia dah kahwin dengan awak nanti.

"Saya rasa teman lelaki awak belum bersedia untuk ke fasa seterusnya, orang lelaki yang serius nak halalkan tak ambil lewa perkara ni," ujar beberapa netizen.

Bagi kaum lelaki pula, mereka menasihatkan supaya wanita terbabit memutuskan hubungan dan mencari pasangan yang setaraf bagi mengelakkan perselisihan faham di kemudian hari.

Ada juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah melalui situasi seperti wanita tersebut dan akhirnya dia ditinggalkan kerana tidak mampu.

"Carilah yang sekufu. Sakit putus cinta hanya sementara, berbanding menanggung kemudian hari... perlu kesabaran yang tinggi untuk berjaya.

"Upgrade sikit skill atau pergi mana-mana kursus kemudian mohon kerja lain untuk tambah naik gaji. Aku dulu pun gaji RM1,600 kena putus begitu saja... mula--mula perempuan terima, lama-lama dia akan bunyi sebab duit dia banyak keluar.

"Sekarang awak tanggung sikit pun dah minta pendapat. Lepas kahwin tak boleh patah balik, main point carilah yang sekufu," nasihat beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain