suria

“Orang tu dah gian lama” - Rider berhenti tepi ajar lelaki teknik memancing, niat baik sampai ‘sidai’ pelanggan 30 minit

Rider ini kelihatan sedang sibuk membaling joran di tali air.

SEBAGAI kaki pancing, pastinya sesekali timbul perasaan ingin melepaskan 'gian' melempar umpan ke air.

Tambahan pula, bagi kebanyakan individu kekangan kerja menyebabkan hobi tersebut tidak dapat dilakukan sesuka hati.

Mungkin begitulah yang dirasai seorang penghantar makanan (rider) yang sanggup berhenti di tepi jalan bagi mengajar pemancing jalanan teknik untuk memancing dengan betul.

Menerusi video tular baru-baru ini, rider berkenaan dilihat berhenti di tepi jalan berhampiran tali air dan mendekati seorang lelaki yang sedang leka melayan hobi memancing.

Disebabkan cara memancing lelaki tersebut salah, rider tersebut menegurnya dan menunjukkan teknik balingan yang betul.

Malah, kelihatan beberapa kali dia membuat balingan dan menarik semula tali pancing di tepi parit berkenaan.

Berdasarkan kapsyen yang disertakan dalam video tersebut, rider berkenaan dikatakan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk mengajar individu tersebut tentang teknik memancing yang betul sehingga sanggup 'sidai' (biar menunggu lama) pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rider jadi ‘bangau’, wanita ini buka rahsia kepayahan kerja servis penghantaran... Perit nak dapat RM5,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir... Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

Bagaimapun, lelaki tebabit mengakui dia menghormati semangat dan jiwa pemancing yang terdapat dalam diri rider tersebut.

"Brader (brother) Panda (Foodpanda) ni nampak saya baling salah. Pastu dia ajar lama juga.

"Dekat 30 minit dia sidai pelanggan... saya respect brader ni, jiwa pemancing," ujarnya menerusi akaun TikTok lipaskari_.

Difahamkan, 'adegan' itu berlaku di Peserai, Batu Pahat, Johor.

Rider panda mengajar teknik balingan untuk kawasan tali air yang sempit.

Rider mengajar teknik balingan untuk kawasan tali air yang sempit.

Rakaman yang dikongsikan di aplikasi itu juga menjadi tular sehingga turut dimuatnaik di beberapa platform media sosial yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, warganet dilihat terhibur dengan aksi rider terbabit, malah ada yang menyifatkan dia sebagai seorang yang baik serta kelakar.

Namun tidak kurang juga yang meninggalkan komen gurauan dan mengatakan apa yang dilakukannya sebagai punca pesanan pelanggan dihantar lambat.

Member nak lepas gian tu, bukan nak ajar sangat.

NETIZEN

"Patut order saya tak sampai-sampai... menunggu ikan ibarat menunggu jodoh.

"Dia ajar sampai dia strike. Selagi tak strike, tak makan la customer tu.

"Another level rider sidai customer.

"Patut aku pelik tengok dalam aplikasi Foodpanda rider tak jalan. Layan casting rupanya.

Antara komentar yang ditnggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

"Jangan simpan casting dalam box, nanti asyik berhenti tepi," ujar beberapa netizen dalam gurauan.

Bagaimanapun, ramai juga yang beranggapan bahawa rider tersebut sudah lama tidak memancing disebabkan terlalu sibuk mengejar trip penghantaran makanan.

Sehinggakan ada yang menasihatinya supaya mengambil cuti bagi 'melayan' minat sendiri di samping dapat menenangkan minda.

"Lama tak memancing tu.

"Nak ajar, akhirnya dia syok casting.

"Abang tu pendam lama dah.

"Member nak lepas gian tu, bukan nak ajar sangat.

"Siapa suruh bagi, kan dah kena sidai... orang tu dah gian lama," ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain