suria

Peniaga takoyaki penuh dengan ‘plot twist’! Van dipasang ‘aircond’, kipas siling macam rumah... nak start enjin petik je suis

Faeqs di hadapan van unik miliknya. Kanan 'penyaman udara' dan suis (gambar kecil).

RARE!

Bukan memulas kunci atau menekan 'push start button' kenderaan, sebaliknya enjin van milik seorang pemuda dihidupkan dengan memetik suis seperti di rumah.

Menerusi siri video yang tular di laman sosial, suis berwarna putih di dalam keretanya adalah jenis yang sering digunakan untuk menghidupkan lampu, kipas dan kelengkapan elektrik.

Lebih mengejutkan apabila van tersebut turut dipasang penyaman udara seperti yang sering kita lihat di rumah dan pejabat, dan bukannya dari papan pemuka seperti kebiasaan.

"Hidup kau ni banyak plot twist bang," komen seorang netizen apabila suis lampu di bilik tidur pemuda itu pula menggunakan 'push start button' kereta.

van unik 7

Suis untuk menghidupkan enjin van.

Bercakap kepada mStar, pemuda itu, Muhammad Faiqmal Azhar berkata, ia merupakan van terpakai yang dibelinya daripada bapa saudara dua tahun lalu untuk kegunaannya berniaga makanan ringan atau snek dari Jepun, takoyaki.

Lebih mesra disapa Faeqs, dia memberitahu, dua suis yang berfungsi seperti 'push start button' telah dipasang oleh bapa saudaranya sebelum van tersebut dijual kepadanya.

"Pakcik memang pandai buat wiring. Sekarang ni saya yang buat untuk semua bahagian lain termasuk push start button dalam bilik tidur tu saya juga pasang.

"Lain-lain saya pasang adalah suis dan 'aircond' di bahagian tempat duduk hadapan. Kunci digunakan untuk lock pintu dan stereng," katanya kepada mStar.

van unik 3

Ruang belakang van dilengkapi kipas siling, lampu kalimantang, TV, sofa dan meja serta karpet.

Anak muda berusia 28 tahun itu tidak menyangka 'fungsi terbalik' yang diperkenalkan menarik perhatian ramai untuk mengikuti video-video di akaun TikToknya dan meraih lebih sejuta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya kamu! Umur baru 20 tahun dah ada motosikal ala Iron Man, "Kalau tekan butang, keluar suara bersedia tuan!"

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain buang selimut buruk, tuala koyak... lelaki ini kutip buat pasu bunga! Dapat idea ketika 'kering' job

"Suis bilik dalam kereta dan push start button 'kereta' di bilik tidur. Kemahiran masa belajar dulu membuatkan saya boleh buat semua sendiri," ujarnya yang mempunyai pendidikan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Batu Pahat, Johor.

van unik 4

Kiri suis lampu dan kipas di bahagian belakang van, kanan suis untuk 'penyaman udara' di hadapan.

Berasal dari Gombak, Selangor, Faeqs berkata, penyaman udara seperti di rumah yang dipasang dalam vannya tidak seperti yang disangkakan oleh ramai orang.

:"Aircond tu dari rumah dan sudah rosak. Jadi, timbul idea untuk bawa aircond tu pasang dalam van. Tapi luaran saja nampak macam aircond dan dalam adalah kipas.

"Saya keluarkan semua komponen di dalamnya dan pasang kipas kecil di bahagian dalam. Bila petik suis, kipas akan berfungsi dan memang rasa sejuk.

Saya berkongsi minat dan hasil kreativiti dan inovasi, untuk pembelajaran dalam menghasilkan sesuatu yang kita mampu milik.

FAEQS

"Tapi sejuk kipaslah, bukan aircond. Dulu dua tahun saya bawa van dengan aircond rosak, jadi dah biasa kalau berpanas dan kena tempias hujan.

"Kalau nak baiki aircond kena caj RM500, tapi 'aircond' cara saya ni baru RM20 kos beli kipas," ujarnya yang berniaga takoyaki dekat Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur.

van unik 5

Faeqs duduk di sofa.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia juga mengubah suai bahagian belakang van sebagai ruang rehat dengan menempatkan sofa, kipas siling, lampu kalimantang dan TV.

"Kalau hari-hari biasa, belakang van saya letakkan barang-barang berniaga. Tapi kalau ada orang nak view van saya ni selepas viral, saya pasang semula.

"Kipas siling dan TV berfungsi menggunakan generator. Bilah kipas tu lembut, jadi tak bahaya dan kalau duduk atas sofa atau karpet memang tak akan kena kipas," katanya sambil menambah ruang rehat tersebut boleh menampung lima orang pada satu-satu masa.

van unik 6

Faeqs menggunakan vannya untuk berniaga di gerai takoyaki.

Mengenai van berusia lebih 20 tahun itu, Faeqs berkata, dia bercadang untuk menjadikannya sebagai 'pameran' ketika berniaga di gerai.

"Saya sekadar mahu berkongsi minat dan hasil kreativiti dan inovasi, sebagai pembelajaran dalam menghasilkan sesuatu yang kita mampu milik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain