suria

Dugaan suami ada slip-disc... tiba-tiba tak boleh jalan, badan ‘meletup’! Isteri bawa ke klinik naik motor, ‘berkampung’ di hospital

Ariena tidak sempat berjumpa dengan suaminya sebelum pembedahan dijalankan.

ISTERI mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan suami tercinta yang terlantar sakit beberapa hari sebelum dapat menjalani pembedahan.

Begitulah yang dialami Ariena Abdul Aziz, selepas suaminya yang berusia 35 tahun tiba-tiba tidak boleh bergerak disebabkan penyakit slip-disc yang dihidapi sebelum ini kembali 'menyerang'.

Bercerita kepada mStar, ujar wanita berusia 27 tahun itu, insiden tersebut berlaku ketika suaminya sedang membasuh kereta di halaman rumah pada Selasa lalu.

"Disebabkan dia melakukan kerja berat tanpa rehat yang sepatutnya, penyakit slip-disc kembali. Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, suami terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad.

"Kira-kira enam hari juga dia berada di wad. Boleh keluar pun selepas pembedahan berkaitan dilakukan, tapi malangnya doktor menyatakan yang tiada jaminan bahawa suami saya akan pulih seperti sedia kala," ujarnya.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia hanya menyedari penyakit suaminya itu selepas kejadian pertama pada 2020.

Pada masa itu, suaminya sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah seperti memotong rumput.

Akibat terlalu banyak kerja dilakukan dalam satu masa, suaminya tiba-tiba terkena slip-disc.

Suaminya dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan berkaitan slip-disc.

Suaminya dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan berkaitan slip-disc.

"Dia dah lama hidap dari sebelum kahwin lagi... tapi masa mula kenal tu, saya tak tahu. Lepas kahwin, dia buat kerja rumah dan potong rumput semua.

"Tapi kejadian tu berlaku masa saya bekerja. Bila saya balik dengar bunyi macam meletup kat badan dan terus tak boleh gerak masa dia cuba nak bangun berjalan.

"Mujur adik tolong jaga anak saya masa tu, jadi saya boleh bawa suami ke klinik," imbasnya.

Walaupun mengetahui tentang penyakit tersebut, Ariena terpaksa membawa suaminya menaiki motosikal kerana dia baru sahaja memiliki lesen kereta.

Tambahnya, setiba di klinik berhampiran, suaminya dibantu oleh beberapa individu yang ada di situ dan terus diletakkan ke atas kerusi roda untuk pemeriksaan lanjut.

"Masa tu naik motosikal, saya tak reti nak bawa kereta sebab baru dapat lesen. Suami sakit tapi saya tak dapat nak papah sampai ada orang tolong bawa dia masuk ke klinik untuk pemeriksaan.

Ariena dan anaknya 'berkampung' di hospital bagi menjaga suaminya selepas pembedahan.

Ariena dan anaknya 'berkampung' di hospital bagi menjaga suaminya selepas pembedahan.

"Rawatan yang dilakukan masa ni adalah suntikan masuk gel pada tulang dan doktor dah maklumkan yang gel boleh bertahan dalam tempoh dua tahun jika pandai jaga.

"Tapi belum pun sampai dua tahun, dia kembali sakit... mungkin kerana buat kerja berat tanpa rehat," ujar anak kelahiran Kelantan yang kini menetap di Negeri Sembilan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak berhenti membeli... tahniah, kini anak sulung speech delay lebih peka

ARTIKEL BERKAITAN: Melulu kaitkan anak autisme, speech delay dengan gangguan jin... ustazah teruk kena ‘sekolah’, pakar psikiatri pun bersuara

Ariena berkata, disebabkan gel yang dimasukkan sebelum ini telah kering, doktor mencadangkan supaya suaminya menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang.

Ekoran itu, dia dimasukkan ke wad selama enam hari.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut dia perlu membahagikan masa dengan sebaiknya kerana perlu menjaga anak yang baru berusia lima tahun.

Video tu, saya terlambat pergi sebelum dia masuk dewan bedah sebab perlu jaga anak kat rumah... sukar nak bawa berikutan anak saya speech delay.

ARIENA

"Sepanjang suami masuk hospital, saya jaga. Saya pergi selepas hantar anak ke sekolah kemudian balik dalam pukul 11.30 pagi untuk ambil anak balik sekolah," kongsinya.

Suami Ariena sudah lama menghidap slip-disc.

Suami Ariena sudah lama menghidap slip-disc.

Mengulas tentang video tular yang memaparkan suaminya tiada di wad, katanya, dia terlambat sampai ke hospital kerana perlu menguruskan anak.

"Video tu, saya terlambat pergi sebelum dia masuk dewan bedah sebab perlu jaga anak kat rumah... sukar nak bawa berikutan anak saya speech delay, jadi dia susah nak diuruskan.

"Malam selepas bedah tu, saya dan anak tidur hospital sebab kena jaga suami," luahnya.

Selepas rawatan dan pembedahan yang dilakukan, keadaan suaminya semakin baik namun masih tidak boleh berjalan.

Malah katanya, jika dapat berjalan sekali pun, suaminya akan sedikit senget serta bergerak perlahan.

Tambahnya, meskipun melakukan pembedahan, doktor telah menyatakan bahawa suaminya tidak akan pulih sepenuhnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain