suria

Rider ‘statik’ dalam peta, 2 beradik keluar pergi jejak... sah kemalangan! Tetap bayar walau makanan tumpah

Safia sanggup berjalan kaki bagi mendapatkan rider yang dikatakan terjebak dengan kemalangan jalan raya.

MEMILIKI rasa simpati dan ihsan terhadap insan lain perlu ada dalam diri setiap orang.

Adakalanya empati terhadap kesusahan atau masalah orang lain boleh membuatkan kita berubah fikiran untuk tidak memperbesarkan hal yang kecil dan remeh.

Sebagaimana dikongsikan di TikTok Safia, dia berkongsi video menunjukkan dirinya sedang berjalan kaki mencari penghantar makanan yang tidak bergerak di satu lokasi apabila diperiksa melalui peta di aplikasi Foodpanda.

Dia sanggup mencari penghantar makanan itu setelah timbul rasa bimbang jika sesuatu berlaku kepadanya apatah lagi bapanya yang kebetulan baru pulang ke rumah pada masa itu ada memberitahu ternampak seorang rider terbabit kemalangan.

“Order Foodpanda then dah dekat kawasan rumah tapi tiba-tiba rider stop dekat satu tempat dan tak bergerak-gerak.

“Kebetulan abah baru balik dan cakap ada rider Foodpanda kemalangan dekat simpang. My sister cakap mesti rider makanan kita.

“Kami putuskan nak pergi tempat tu untuk pastikan dia okay dan tak nak terburu-buru hantar makanan,” tulisnya pada video tanpa dinyatakan lokasi kejadian.

Setelah tiba di lokasi, ternyata penghantar makanan tersebut sedang dalam perjalanan menghantar makanan dipesan mereka dan merupakan lelaki sama seperti diceritakan bapa.

Malah, makanan yang dipesan oleh mereka juga jatuh dan tidak dapat diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap siapa ‘naik atas’ hantar makanan pelanggan sebagai ‘bodoh’, rider dikecam geng sendiri - “Bila tak ada order melalak”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

Walaupun tidak dapat menjamu selera dengan makanan tersebut, kakak Sofia tetap membuat bayaran kepada penghantar makanan itu.

“Kita tunggu dia settle dengan amoi dulu baru pick-up makanan.

“Makanan jatuh tapi my sister berkeras nak ambil dan bayar juga untuk makanan tu. Hati-hati semua riders, jangan rush hantar makanan, kami boleh tunggu,” kata Safia.

Setelah beberapa jam posting itu dimuat naik, rider berkenaan muncul di ruangan komen mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Safia menunggu rider tersebut untuk membayar makanannya.

Malah tindakan gadis ini yang sempat bertanyakan mengenai kecederaan bahagian kaki rider tersebut turut mendapat perhatian netizen.

“Salam sis saya rider tu. Terima kasih sebab memahami saya bersyukur sangat akak boleh faham keadaan saya,” kata rider berkenaan dalam ruangan komen itu.

Semakan mStar mendapati ramai warga maya yang tersentuh hati melihat kisah dikongsikan oleh gadis ini di TikTok.

“Lepas saja aku tengok video aku masih percaya ada perempuan sebaik bidadari.

Rider tersebut turut memberikan komen pada video yang tular.

“Alhamdulillah dapat customer yang macam ni pun satu rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan abang tu dan dimurahkan rezeki. Amin.

“Terima kasih sis sebab bertimbang rasa. Susah sekarang ni nak cari orang boleh tolak ansur dengan orang lain. Banyak yang nak suruh ikut dia saja mentang-mentang dia bayar,” komen netizen pada video TikTok yang tular.

Untuk rekod, video dikongsikan oleh gadis ini meraih lebih 500,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain