suria

Ramai rider jadi ‘bangau’, wanita ini buka rahsia kepayahan kerja servis penghantaran... Perit nak dapat RM5,000 sebulan

Video dikongsikan wanita ini di TikTok telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

KERJAYA sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja yang fleksibel.

Malah tak kurang juga yang sanggup berhenti daripada pekerjaan tetap demi menjadi seorang rider gara-gara terpedaya dengan perkongsian di media sosial bahawa pendapatan kelompok berkenaan boleh mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun perkongsian seperti itu mencetuskan perdebatan netizen.

Menerusi satu hantaran di TikTok. seorang rider wanita memberitahu agar orang ramai tidak mudah mempercayai perkongsian di media yang kesahihannya boleh dipertikaikan.

Katanya, tugas sebagai rider tidak semuanya indah malah terutamanya apabila ia membabitkan soal pendapatan bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak kerja gomen ‘panas’ tengok rider Foodpanda ada basikal mahal, syak cuma ‘acah kaya’ pinjam kawan punya

ARTIKEL BERKAITAN: Rider langgar lampu isyarat, rempuh wanita sarat hamil 7 bulan! Suami mangsa cari pelaku ‘ajak bincang’

"Disebabkan 'kepandaian' seorang rider share dapat gaji sampai RM3,000 hingga RM4,000. ramai nak join jadi rider.

"Lepas tu semua bangau, hidup bangau!" kata rider berkenaan.

Untuk rekod, dalam kalangan rider istilah 'bangau' membawa maksud mereka masih menunggu tempahan masuk walaupun sudah mengaktifkan aplikasi masing-masing dalam tempoh yang lama.

Penjelasan mengenai kenyataannya di ruangan komen.

Namun wanita itu menafikan rungutannya bukan berpunca daripada rasa kurang senang dengan kehadiran ramai rider baharu sehingga dikatakan menjejaskan periuk nasi 'orang lama'.

“Point video ni saya tuju kepada rider yang show off bajet RM3,000 hingga RM5,000 di media sosial.

“Apabila ramai join tak seindah yang dikhabarkan. Fare makin kurang.

“Saya doakan semua rider tak kiralah Grab ke FoodPanda ke atau lain-lain... semoga sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah , Amin,” tulis wanita tersebut.

Melalui semakan mStar di ruangan komen, netizen turut bersetuju dengan hal itu malah rider lain juga turut memberi pandangan yang sama.

Dulu-dulu ramai show off kata ‘lebat’, hakikatnya perit mat.

NETIZEN

Kata mereka, trends semasa menunjukkan bahawa penurunan jumlah pendapatan kerana berlaku lambakan dalam kalangan rider daripada pelbagai platform.

"Sama macam aku, dulu-dulu ramai show off kata ‘lebat’. Hakikatnya perit mat (mamat). Alhamdulillah dah gantung kunci.

"Sekarang ni bersepah rider. Dulu nak kerja on dekat dalam rumah je order masuk... sekarang ni kena keluar jalan-jalan untuk cari order.

"Order semua memang slow sejak rider BBNU (junior) ni tayang gaji kat media sosial, kata netizen.

Tangkap layar komen netizen pada video yang sama.

Namun ada juga dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan rider wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba menyalahkan kehadiran ramai penghantar makanan di sesuatu lokasi.

"Santai je dik. Aku jadi rider since 2018 lagi. Tenang je, jangan salahkan budakbudak baru.

"Bukan masalah ramai rider, tapi order memang slow. Tengok semua aplikasi pun slow, semua customer tengah jimat," kata beberapa lagi netizen.

Untuk rekod, perkongsian rider wanita itu telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain