suria

“Setahun lebih bendasing menumpang” - Kisah pahit ketika ‘darah manis’, wanita dedah kenapa perlu elak bertunang terlalu lama

Sya Aisyahra menderita lebih setahun akibat disihir sehingga ikatan pertunangannya terputus dua kali.

BENAR kata orang, dugaan bertunang sememangnya bukan calang-calang.

Dalam tempoh sebelum diijabkabul, pasangan berdarah manis ini diuji hebat dari pelbagai sudut sama ada kewangan, orang sekeliling, kekasih lama dan sebagainya.

Ada juga sesetengah kes di mana tali pertunangan terputus di tengah jalan sebelum sempat mahligai impian dibina bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

ARTIKEL BERKAITAN: Baru bertunang tapi dah ‘bersama’ banyak kali, gadis pintar bengang suami tak simpan rahsia - “Aku jadi badut di majlis sendiri ke?”

Hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa peritnya ujian bertunang, seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Mahu dikenali sebagai Sya Aisyahra, dia berkongsi pengalaman diuji hebat sehingga ikatan pertunangannya dua kali terputus, dipercayai gara-gara sihir.

Menurut wanita berusia 25 tahun ini, dia bergelar tunangan kepada jejaka pilihan pada Jun tahun lalu.



Sya Aisyahra berkongsi kisah perit dugaan yang menimpanya sebaik sahaja mengikat tali pertunangan.

"Segalanya nampak smooth walaupun sebulan sebelum itu aku rasa macam salah buat keputusan. Boleh dikatakan setiap hari menangis dan sedih. Perasaan mula berkecamuk. Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang," ceritanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Hanya seminggu selepas mengikat tali pertunangan, dugaan mula menjengah.

"Aku makin rasa menyesal bertunang, rasa memberontak dan perlahan-lahan agresif. Berkali-kali aku mengamuk nak terjun dari kereta, bergaduh dengan famili, cederakan diri sendiri dan dua kali dibisik syaitan untuk bunuh diri.

"Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan dilalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai supaya tunang tak tahan. Aku mula suka menyendiri, layan perasaan dan murung," katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.



Lebih setahun lamanya menderita, Sya Aisyahra akhirnya menemui jawapan kepada apa yang dialaminya selama ini.

Menurut Sya Aisyahra yang merupakan pengasas jenama hijab Aisyahra, dia pernah mendapatkan rawatan di hospital mahupun secara tradisional namun masih belum bertemu penawar kepada apa yang dihidapinya.

Dia malah dimasukkan ke wad, namun dikesan tidak menghidap sebarang jenis penyakit sebaliknya dimaklumkan untuk menjalani sesi kaunseling berkaitan masalah kesihatan mental.

Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. Dugaan bertunang itu sememangnya berat.

SYA AISYAHRA

"Puas berjuang, dua kali putus tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana Allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.

"Sampaikan awal Ogos baru-baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu 'lain'. Satu hari Allah bukakan jalan aku berjumpa ustaz di Darussyifa Kedah.

"Allahu, di sinilah terungkai satu dugaan terhebat selama 25 tahun aku di atas bumi Allah. Setahun lebih bendasing menumpang dan kawal untuk aku jadi bukan diri aku.

"Hanya Allah yang tahu peritnya dugaan selama setahun lebih disihir oleh manusia khianat yang berhajat nak aku tak jadi kahwin dan seterusnya nak jadikan aku gila," ceritanya.

Hampir tiga minggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam itu, wanita ini mengakui keadaanya kini boleh dikatakan 90 peratus hampir pulih.



Sya Aisyahra sering mencederakan diri sendiri ketika dia berada dalam situasi luar sedar.

"Sekarang masih lagi mendapatkan rawatan susulan. Aku dah reda dengan segalanya sebab yakin pasti ada hikmahnya. Apa yang dapat dikongsikan moga menjadi pedoman buat semua.

"Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. Dugaan bertunang itu sememangnya berat. Untuk adik-adik kat luar sana yang berhajat nak tunang lama dua tiga tahun baru kahwin, fikirlah berkali-kali.

"Diharapkan perkongsian ini dapat beri manfaat dan teladan buat semua. Tak sangka ramai hantar mesej dan kongsikan pengalaman, ada yang ucap terima kasih sebab cerita ini sedikit sebanyak buka mata masyarakat dan iktibar pada mereka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain