suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak kekal segar lepas berbuka, tapi tolak air manis? Kasturi asam boi pasti tepati cita rasa ramai

Campuran limau kasturi dan asam boi memang menyegarkan tubuh.

SELEPAS seharian berpuasa, minuman sejuk pastinya menjadi kegemaran ramai kerana memberikan kesegaran serta-merta dan mengurangkan rasa dahaga yang dialami.

Namun air manis bukanlah pilihan kerana akan menyebabkan tubuh menjadi kembung dan kekenyangan sehingga menyukarkan ibadah tarawih dilakukan.

Apa kata anda cuba resipi perkongsian Husna Zadlie di TikTok untuk santapan berbuka.

Bukan sahaja menyegarkan, kandungan gula dalam badan pasti akan terkawal dengan campuran limau kasturi dan asam boi.

Bahan-bahan:

1. Limau kasturi

2. Asam boi

3. Gula

Gula ditambah sebagai ejen pengawet sekali gus menambah kesedapan rasa pada gabungan dua bahanini.

Gula ditambah sebagai ejen pengawet sekali gus menambah kesedapan rasa pada gabungan dua bahan  ini.

Cara membuatnya:

1. Selepas basuh sehingga bersih, keringkan limau kasturi dengan menggunakan tuala atau tisu.

2. Kemudian belah limau kasturi tadi dan perah buang biji serta air di dalamnya, asingkan.

3. Sumbat asam boi di setiap buah limau kasturi dan masukkan ke dalam balang kaca yang bertutup rapat.

4. Tambahkan perahan limau kasturi tadi ke dalam balang.

5. Masukkan gula untuk dijadikan ejen pengawet campuran berkenaan.

6. Selepas diperam selama sebulan dalam suhu bilik hingga ia menjadi sirap, bolehlah bancuh air limau kasturi asam boi ini.

7. Ia kini boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk jangka hayat lebih lama.

Artikel Lain