SEMPENA kedatangan Ramadan tahun ini, portal mStar membawakan program khas 30 Hari Sajian Enak Ramadan BABA’S, sebuah siri resipi istimewa hasil kerjasama dengan jenama rempah terkenal, BABA’S.Program ini menampilkan sebanyak 30 resipi menarik yang akan mula bersiaran di semua platform media sosial mStar iaitu Facebook, Instagram dan TikTok bermula 18 Februari 2026. Ia sekali gus memberi inspirasi kepada orang ramai dalam merancang menu harian sepanjang bulan puasa.Menariknya, setiap resipi yang diketengahkan bukan sahaja mudah disediakan, malah sarat dengan kepelbagaian cita rasa dengan menggunakan produk BABA'S.Penonton boleh mendapatkan idea lauk sahur yang ringkas tetapi mengenyangkan, menu berbuka puasa yang menyelerakan, sehinggalah kepada pencuci mulut yang manis sebagai pelengkap hidangan.Tidak terhad kepada masakan kampung yang menjadi kegemaran ramai, program ini turut menampilkan resipi berkonsepkan barat serta sajian fusion yang unik dan kreatif.Pelbagai hidangan menarik dan pencuci mulut dapat disediakan menggunakan produk BABA's.Gabungan rasa tradisional dan moden ini pastinya memberi kelainan di meja makan, sekali gus memeriahkan suasana berbuka dan bersahur bersama keluarga.Ketua Pengarang Berita, Niezam Abdullah berkata, penerbitan kandungan video masakan selama 30 hari ini adalah kerjasama pertama bersama BABA'S. Ia bertujuan memberi ruang kepada orang ramai mencuba resipi mudah sepanjang Ramadan dengan pelbagai menu menggunakan bahan masakan keluaran BABA'S. “Sebanyak 30 video yang diterbitkan ini bagi memberi ruang kepada para pembaca mencuba resipi daripada bahan-bahan terpilih keluaran BABA'S. “Kami percaya dengan pengaruh tinggi pengikut media sosial mStar dan Kuali, hasrat untuk membolehkan orang ramai menyediakan resipi mudah pada Ramadan ini terlaksana,” katanya.Sementara itu, Ketua Pemasaran BABA'S, Azrain Mohamad memberitahu kolaborasi ini selaras dengan target pasaran BABA'S kerana mStar merupakan platform kandungan Melayu nombor satu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Hidangan yang dihasilkan menggunakan produk BABA'S sesuai untuk seisi keluarga."Kami melihat mStar sebagai medium terbaik untuk menyampaikan mesej dan mendekati masyarakat secara lebih meluas."Oleh itu, menu dan resipi berbuka puasa serta sahur yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepanjang Ramadan ini."Menu diperkenalkan juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sama ada individu bujang, keluarga kecil mahupun keluarga besar," ujarnya.Azrain turut memberitahu pihakn BABA’S sentiasa komited menawarkan produk berkualiti, bersih dan halal untuk kegunaan pelanggan.BABA’S dan mStar kata Azrain turut menganjurkan kuiz trivia yang menawarkan hadiah mingguan serta hadiah utama keseluruhan kepada penonton yang mengikuti program ini.Melalui 30 Hari Sajian Enak Ramadan BABA’S, mStar berharap dapat membantu memudahkan urusan penyediaan juadah harian selain menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan hidangan yang lazat dan penuh kasih sayang.