suria

Gaul semangkuk Ramyun pedas bersama Seventeen, bibigo bawa rasa Korea autentik terus ke meja makan rakyat Malaysia

Dengan lima perisa untuk dipilih, Ramyun goreng tumis bibigo membolehkan rakyat Malaysia menikmati rasa autentik masakan Korea dengan selesa dari rumah sendiri.

DARIPADA penampilan kacak bintang K-pop hinggalah kepada hidangan panas budae jjigae yang sering muncul dalam drama Korea popular, budaya Korea terus menawan hati jutaan peminat di seluruh dunia menerusi gabungan tradisi dan gaya hidup moden.

Jenama Korea terkenal, bibigo, kini membawa rasa autentik Korea terus ke meja makan rakyat Malaysia, sekali gus menawarkan pengalaman K-culture yang lebih dekat buat peminat dan pencinta makanan.

Disokong legasi CJ Food yang berusia lebih 70 tahun, bibigo mengambil masa berdekad-dekad untuk menyempurnakan resipi Korea yang digemari ramai. 

Koleksi terbaharu Ramyun goreng tumisnya tidak terkecuali, dihasilkan menggunakan bahan premium bagi mengekalkan rasa asli Korea.

Bayangkan suasana hujan di waktu malam, semangkuk mi panas bersalut sos pedas tteokbokki di tangan, sambil menonton drama Korea kegemaran. Siapa yang tidak tergoda?

Ramyun goreng tumis bibigo hadir dalam lima perisa berbeza, masing-masing menawarkan pengalaman rasa tersendiri.

Perisa Spicy Tteokbokki yang menggabungkan rasa manis dan pedas menyerlahkan kepedasan gochujang.

Manakala Cheese Tteokbokki pula menawarkan kelazatan berkrim untuk mereka yang mahu mengimbangi kepedasan dengan rasa lebih lemak dan memuaskan.

Perisa Kimchi yang sudah popular dalam kalangan rakyat Malaysia turut melengkapkan rangkaian ini dengan rasa masam fermentasi yang menyelerakan dalam setiap helaian mi.

Bagi peminat ayam goreng Korea, bibigo turut memperkenalkan perisa K-Chicken yang kaya dengan rasa lemak masin, manakala perisa Smoky K-Chicken menawarkan aroma salai lembut serta rasa umami.

Nikmati hidangan kegemaran Korea daripada bibigo seperti Ramyun goreng tumis terbaharu mereka, bersama sajian klasik seperti Mandu dan Hoppang.

Ada sesuatu istimewa untuk semua

Selain Ramyun, bibigo juga menawarkan pelbagai makanan kegemaran Korea lain seperti Mandu (ladu Korea) yang diisi dengan ayam, ayam pedas atau daging bulgogi, serta Hoppang iaitu pau kukus gebu dengan inti japchae daging lembu atau ayam pedas Korea, yang sering menjadi pilihan ketika cuaca sejuk.

Kepelbagaian rasa dan fleksibiliti produk bibigo sesuai untuk pelbagai situasi sama ada sebagai snek tengah malam atau hidangan santai bersama rakan-rakan sambil menonton drama Korea.

Lebih daripada sekadar rasa, bibigo turut menggalakkan pengguna di Malaysia untuk bereksperimen dengan resipi, memadankan perisa serta menambah sentuhan peribadi pada setiap hidangan.

Pendekatan ini sekali gus menjadikan pengalaman K-culture lebih bermakna apabila dinikmati bersama insan tersayang.

Produk bibigo menggabungkan tradisi kulinari Korea dengan sentuhan moden, sekali gus menjadikannya pilihan terbaik untuk melengkapkan hidangan di setiap rumah.

Kolaborasi bertaraf bintang

Mengukuhkan lagi penglibatan dalam K-culture, bibigo menjalinkan kerjasama dengan kumpulan lelaki popular Korea, Seventeen menerusi kempen istimewa ini.

Untuk tempoh terhad dari Januari hingga April, peminat boleh mendapatkan Ramyun bibigo edisi Seventeen di pasar raya utama seperti Lotus’s, Aeon serta cawangan terpilih Jaya Grocer dan Village Grocer di seluruh negara.

Bibigo menawarkan sesuatu istimewa untuk anda tidak kira sebagai peminat tegar drama Korea yang ingin mencuba semula hidangan kegemaran dari skrin televisyen atau sekadar mencari hidangan ringkas dan lazat.

Bawalah rasa Korea ke rumah anda hari ini dan temui rangkaian produk bibigo di pasar raya berhampiran.

Pengembaraan K-culture anda bermula di sini!

Artikel Lain