KIRA-KIRA seminggu sahaja lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan, golongan ibu pasti runsing memikirkan menu yang senang dan cepat dimasak tetapi masih menyelerakan.Ramai yang gemar menikmati nasi ayam pada bulan puasa tapi anda pasti beranggapan ia melecehkan dan mengambil masa lama untuk disediakan. Jangan khuatir, ini cara mudah dan cepat untuk anda hasilkan nasi ayam.Paling penting, resipi 'campak-campak' ini hanya menggunakan periuk nasi elektrik sahaja seperti perkongsian Nurul Syafiqah di Facebook miliknya.Bukan sahaja mudah, nasi ayam tetap berbau harum dan membangkitkan selera selepas seharian berpuasa.Nasi ayam yang dihasilkan berbau harum dan menyelerakan anak-anak.Bahan-bahanNasi ayam1. 1 1/2 sudu besar marjerin2. 2 sudu besar minyak masak3. 3 kuntum bunga lawang4. 1 batang kulit kayu manis5. 5/6 biji buah pelaga6. 1 1/2 biji bawang besar hiris-hiris7. 1 inci halia ditumbuk halus8. 4/5 ulas bawang putih ditumbuk halus9. 3 helai daun salam10. 1 ekor ayam (potong empat bahagian)11. Air12. 3 cawan beras13. 1/2 sudu kecil garam14. 1/2 sudu kecil kunyitPerapan ayam1. 4 sudu besar kicap pekat manis2. Gula Melaka3. 3 sudu besar sos tiram4. Air asam jawa secukupnya5. 1 1/2 sudu besar tepung jagung6. 1/2 sudu kecil garam7. 1/2 sudu kecil gulaAyam diperap selama 30 minit sebelum digoreng.Sambal nasi ayam1. Cili padi ikut kepedasan 2. 4 batang cili besar3. 5/6 ulas bawang putih4. Air secukupnya5. 2 sudu besar cukaCara penyediaan1. Panaskan rice cooker terlebih dahulu.2. Kemudian masukkan marjerin dan minyak masak, panaskan seketika atau sehingga marjerin cair. 3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bawang besar yang telah dihiris dan bahan tumbuk halus tadi, kacau hingga sebati.4. Tambahkan daun salam dan kacau sekali lagi sehingga naik bau wangi tumisan.5. Apabila sebati, masukkan ayam yang telah dicuci bersih.6. Air ditambah sehingga paras separuh periuk atau sehingga menutupi ayam.7. Jangan lupa tutup periuk sehingga masakan mendidih.8. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk dan asingkan seketika.9. Tambahkan garam dan kunyit ke dalam periuk yang sama, kacau hingga sebati.10. Masukkan beras yang telah dicuci bersih dan kacau sebati supaya warna kuning sekata pada nasi ayam.11. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak.12. Bagi ayam tadi, masukkan kesemua bahan perapan dan gaul rata, biarkan selama 30 minit dan goreng.13. Untuk sambal nasi ayam pula, masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan tambah air secukupnya, kisar sehingga halus.14. Kemudian masak dalam periuk berasingan dan tambah cuka supaya ada rasa masam pada sambal serta tahan lama.15. Masukkan juga gula dan garam, kacau sehingga mendidih.16. Tambahkan air bancuhan tepung jagung supaya sambal sedikit pekat dan siap untuk dihidang.