suria

Menu kesukaan orang Pekan Pahang, ini cara buat sup kicap paling sedap... Puas makan dengan nasi panas

Sup kicap daging merupakan menu kegemaran kebanyakan warga Pekan Pahang.

DI Pahang, khususnya di Pekan ada satu hidangan tradisi yang sering menjadi sebutan setiap kali kenduri atau majlis keluarga diadakan.

Selain sambal hitam, sup kicap dianggap antara lauk wajib yang paling dinanti kerana kuahnya yang pekat, berempah dan kaya rasa apabila digandingkan dengan roti atau nasi.

Dalam satu hantaran di Masak Apa Hari Ini di Facebook, seorang wanita, Echot Aisyah Meor Zahid ada berkongsi resipi hidangan signatur warga Pekan tersebut.

Bahan A

1. Rempah tumis 4 sekawan

2. Dua sudu kecil jintan manis

3. Satu sudu kecil ketumbar

Bahan B

1. Lima ulas bawang putih

2. Satu labu bawang besar

3. Dua inci halia

Kisar semua bahan ini

Sediakan juga dua senduk kecil cili kisar

Sup kicap daging sedap jika dimakan bersama nasi putih. -Foto Facebook

Bahan C

1. Daging atau tulang

2. Bawang besar (potong empat)

3. Ubi kentang

4. Lada kecil (untuk rasa lebih pedas)

5. Kicap masin secukupnya (ikut warna dan rasa)

6. Gula melaka

Cara memasak

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masak hingga garing serta pecah minyak.

2. Masukkan air dan biarkan mendidih dahulu. 

3. Setelah mendidih, masukkan bahan C iaitu daging atau tulang supaya darah pada daging terus 'mati' (hilang hanyir atau berhenti mengalir). 

4. Masukkan kicap dan gula melaka kemudian masak hingga daging atau tulang empuk.

5. Apabila daging empuk, masukkan kentang. 

6. Bawang besar dimasukkan apabila hampir tutup api. 

7. Perasakan kuah supaya seimbang seperti masin, sedikit pedas dan ada rasa manis.

8. Sebelum dihidang, taburkan bawang goreng (goreng bawang sendiri lebih sedap), daun sup dan daun bawang. 

9. Perahkan sedikit limau nipis.

Artikel Lain