suria
mStar - Urban.Versatil

Sekali-sekala nak tutup dapur? Orang utara cuba ajak suami, bawa anak nikmati 7 hidangan nasi istimewa di Hotel Park Avenue

Bufet Hotel Park Avenue tampil dengan tema 'Chef Recommended 7 Rice'.

RAMAI mengambil peluang untuk menghentikan operasi dapur sepanjang bulan Ramadan bagi memberi fokus pada urusan ibadah.

Maka tidak hairanlah apabila masyarakat menjadikan masjid dan surau berhampiran rumah sebagai lokasi untuk berbuka puasa.

Tidak kurang juga yang berbelanja di bazar Ramadan dan berbuka di dataran mahupun taman-taman terbuka.

Anda yang masih tercari-cari lokasi untuk iftar bagi mengisi kalendar sepanjang bulan ini, bolehlah mencuba hidangan bufet di Hotel Park Avenue yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Juadah yang menarik minat kanak-kanak turut disediakan.

Juadah yang menarik minat kanak-kanak turut disediakan.

Selain lebih daripada 300 hidangan yang disajikan, bufet pada tahun ini menjanjikan kelainan dengan juadah utama yang bertemakan Chef Recommended Seven Rice.

Berpengalaman selama lebih 27 tahun, ketua cefnya, Nor Azmy Abdul Wahid berkata, terdapat tujuh juadah nasi disediakan untuk tetamu yang hadir.

"Antara yang menarik adalah nasi ulam, nasi briyani dan nasi ayam, kesemuanya dihasilkan menggunakan ramuan istimewa serta bahan premium," ujarnya kepada mStar.

Beliau yang begitu mencintai dunia masakan turut berkongsikan hidangan ikonik bufet Park Avenue sepanjang tahun.

Kambing bakar merupakan hidangan ikonik di bufet Park Avenue.

Kambing bakar merupakan hidangan ikonik di bufet Park Avenue.

"Para tetamu pasti tidak mahu melepaskan hidangan kambing bakar yang menjadi ikonik Park Avenue kerana dagingnya yang lembut dan tidak berbau hamis.

"Dicicah pula dengan sos khas, pasti akan menambah selera para tetamu ketika berbuka," tambahnya sambil menyatakan terdapat puluhan menu pencuci mulut dan air yang pasti menambat rasa tetamu.

Anda yang ingin 'mengubah selera', bolehlah menempah bufet istimewa di Hotel Park Avenue yang bermula 20 Februari hingga 19 Mac ini.

Harga bagi dewasa adalah RM133 manakala RM80 bagi kanak-kanak.

Artikel Lain