suria

Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

Antara babak yang disiarkan dalam video dihasilkan kumpulan itu.

LARI dari kebiasaan saluran YouTube yang ada di Malaysia, sekumpulan anak muda dari ibu negara tampil dengan idea berbeza bagi menguji kesetiaan seseorang dalam bercinta.

Mula meraih perhatian ramai sejak awal tahun ini, mereka setakat ini sudah tampil dengan tiga episod 'Experiment Gold Digger' sehingga ia meraih jutaan tontonan.

Bercakap kepada mStar, Abdul Hariff Abdul Majid, 24, mewakili kumpulan dikenali sebagai Bros Gang TV mengakui dihubungi ramai individu yang mahu pasangan mereka turut diuji, sebagaimana dipaparkan dalam video YouTube tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

"Sebenarnya kami terima banyak permintaan. Ada lebih 300 email. Dalam DM (direct message) pun banyak sampai tak sempat nak dibaca.

"Tapi kami baru hasilkan tiga video setakat ini. Sebenarnya kami tengok kat Malaysia tak ada lagi content macam ni. Saya pun dah bosan dengan content fantasi yang tak berkaitan dengan kehidupan sebenar.

"Apa yang kami hasilkan, kami mahu tunjuk kepada orang di luar sana agar lebih menghargai pasangan mereka. Terima kekurangan dan kelebihan," ujarnya.

Empat daripada lima ahli Bros Gang TV iaitu Affiq (kiri) diikuti Aniq, Shah dan Hariff.

Mesra disapa Hariff, kandungan YouTube yang diketengahkan bersama Mohd Aniq Mohd Desa, 25, Amirul Affiq Zuhairi, 23, Wan Abdul Khaliq Omar, 24 dan Muhammad Shahfidzan Ahmad Shahbudin, 23, itu sebenarnya diilhamkan dari video-video luar negara.

Namun katanya, mereka membuat olahan sendiri agar bersesuaian dengan budaya di negara ini dan enggan ia sekadar menjadi isu panas semata-mata.

Mesej utama kami supaya orang di luar sana percaya pada pasangan masing-masing, jangan curang.

ABDUL HARIFF ABDUL MAJID

YOUTUBER

"Kami buat benda ni ada batas, ada surat perjanjian sebelum buat video. Kami juga tak akan uji mereka yang dah bertunang atau berkahwin.

"Kami uji untuk pasangan bercinta sahaja. Kalau buat untuk orang kahwin, ibarat pecah belahkan rumah tangga mereka pula.

Antara babak yang disiarkan dalam video YouTube kumpulan itu.

"Orang Malaysia memang suka benda realiti dan kontroversi. Tapi kami cuma nak sampaikan mesej positif. Alhamdulillah dapat view lebih sejuta untuk dua video pertama, tapi kami ikhlas sampaikan mesej, bukan nak kejar view.

"Mesej utama kami supaya orang di luar sana percaya pada pasangan masing-masing, jangan curang," ujarnya lagi.

Hariff berharap video yang dihasilkan mampu memberi mesej positif kepada orang ramai.

Sehingga kini, saluran YouTube itu turut meraih lebih 200,000 subscribers sejak dimulakan pada Februari lalu.

Menurut Hariff lagi, video seterusnya dijangka keluar dalam bulan ini dan dia mengharapkan orang ramai terus memberikan sokongan kepada dia dan rakan-rakan.

Tambahnya, selain komen mengenai kisah curang yang dipaparkan, dia dan rakan turut mengambil teguran orang ramai dalam memperbaiki kandungan yang disampaikan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain