suria

Frontliner dapat resit tapi bil lunch belum bayar... lelaki rambut kerinting, baju merah jadi misteri – “Terbayang-bayang muka tercengang”

Petugas barisan hadapan dihargai kerana banyak berkorban memerangi wabak Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

SEJAK berakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai tampil menghargai petugas barisan hadapan yang banyak berkorban dalam memerangi wabak Covid-19.

Selain ucapan terima kasih dan perkongsian video di laman sosial sebagai tanda penghargaan, antara mereka turut bermurah hati membayar bil makan dan minum frontliner di restoran.

Seperti yang dikongsikan oleh petugas kesihatan wanita ini, dia menerima kejutan yang tidak disangka-sangka itu sebelum bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kisah misteri makan free, bapa 3 anak ajar rakyat Malaysia cara mudah nak buat frontliners tersenyum

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak belanja 'frontliner'... sampai di kaunter duit tak cukup, apa kau rasa? – "Tadi mamat tu kata boleh bayar pakai Apps"

Pengalamannya bersama rakan-rakan setugas hanya menjadi tular selepas ia dikongsikan di halaman Facebook Rizal Hakimm pada Ahad malam.



Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

Menerusi perkongsian asal oleh seorang wanita di halaman Facebook bernama Sarmilia Jeganathan, dia memberitahu kejadian berlaku semasa menikmati makan tengah hari bersama rakan-rakan setugas di sebuah restoran.

"Selepas makan tengah hari, kami minta pekerja untuk memberikan bil. Dia (pekerja) berikan kami resit dan memaklumkan bahawa makan tengah hari kami telahpun dibayar.

"Pada awalnya, kami keliru dan menjelaskan yang kami masih belum bayar," tulisnya.

Sarmilia yang merupakan petugas di sebuah hospital di Ipoh, Perak berkata, pekerja restoran tersebut memberitahu bahawa bil tersebut telah dibayar oleh seorang lelaki.

"Dia (pekerja) cakap 'seorang lelaki muslim rambut kerinting dan pakai kemeja-T merah dah bayar bil'. Kami semua terkejut dan pandang antara satu sama lain.

"Kemudian katanya lelaki itu belanja kami kerana kami adalah petugas penjagaan kesihatan," ujarnya yang turut memuat naik bil makan tengah hari di laman sosial.



Bil makan tengah hari yang dibayar oleh seorang lelaki misteri.

Menerusi perkongsian bil restoran tersebut, ia membabitkan lima pelanggan dengan caj keseluruhan berjumlah RM73.90.

Menurut Samilia, budi baik lelaki berbaju kemeja-T merah itu ternyata menggembirakan mereka pada hari berkenaan.

Pada awalnya, kami keliru dan menjelaskan yang kami masih belum bayar

SARMILIA JEGANATHAN

"Senang sekali melihat kebaikan dalam diri orang lain. Terima kasih kepada anonymous," katanya yang merujuk kepada lelaki misteri yang membayar bil makan tengah hari mereka.

Sebelum ini tular mengenai seorang lelaki menjadi perhatian apabila mencadangkan rakyat Malaysia belanja makan frontliner sempena berakhirnya PKPB.



Posting Sarmilia menjadi tular selepas dikongsikan di halaman Facebook Rizal Hakimm.

Saranan itu bukan sahaja akan membuatkan frontliner yang selama ini bertungkus-lumus memerangi wabak Covid-19 tersenyum, malah rakyat Malaysia juga tersenyum kerana mendapat idea untuk menghargai petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

"Terbayang-bayang muka tercengang. Terima kasih banyak kepada lelaki itu," kata seorang netizen di ruangan komen di Facebook Sarmilia Jeganathan.

"Tu lah," jawab Sarmilia yang bersetuju dengan komen tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain