suria

Selepas tegur anak asyik korek hidung, ibu terkejut lihat keluar cecair hitam bau asap rokok... dah X-ray baru nampak bateri! - “Doktor guna wayar dan besi”

Atirah terkejut apabila dimaklumkan benda yang berada di dalam lubang hidung Aura adalah bateri jam kecil.

SETIAP kanak-kanak yang dalam fasa membesar sememangnya teruja untuk meneroka perkara baharu.

Namun setiap gerak-geri mereka harus diperhatikan kerana si kecil tidak tahu akan bahaya di sekelilingnya.

Perkongsian seorang ibu mengenai tindakan anak sulungnya yang memasukkan bateri kecil ke dalam lubang hidung boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - “Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis”

ARTIKEL BERKAITAN: Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa”

Malah insiden pada 30 Mei lalu itu bagaikan mimpi negeri buat Atirah Alias sekeluarga.

"Pukul 3 lebih petang mama tengak kakak tengah asyik korek hidung dengan jari telunjuk. Mama tegur ‘kakak jangan korek hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubang hidung kakak’.

"Kakak teruskan korek tanpa hiraukan apa yang mama beritahu. Selepas beberapa jam pukul 4 lebih petang, kakak mengadu sakit hidung. Mama minta nak tengak, dia tak kasi.

"Dia teruskan korek dan menangis cakap sakit. Hingus mula keluar belah hidung kiri. Mama paksa tengok dengan lampu telefon tak ada benda apa-apa melainkan hingus dia yang keluar," katanya dalam posting tersebut.



Atirah bersama suami dan dua anaknya.

Namun Atirah tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah keadaan anaknya yang berusia empat tahun itu kelihatan berbeza pada malam tersebut.

"Dalam pukul 7 lebih dia nampak lain, badan panas dan dia cakap sejuk. Lepas tu hidung dia mula bercampur dengan cecair warna hitam.

"Mama ingat darah beku mungkin sebab dia korek terlalu dalam. Pukul 11 lebih semakin banyak cecair warna hitam. Mama cium tak bau apa-apa. Hanya ingat darah beku lagi.

"Kakak tak dapat nak tidur, tubuh semakin panas, mama paksa papa bagi kakak ubat. Setelah itu kakak dapat tidur kejap tetap tak lena seperti biasa," katanya.

Jelas ibu dua anak itu, cecair hitam yang keluar dari hidung anaknya, Aura membuatkan dia tidak sedap hati melihat keadaan itu.

"Pukul 7 pagi mama tak sedap hati sebab tengak cecair hitam masih keluar. Mama sapu dengan kain lanpin dan cium tapi tak bau apa-apa. Minta adik lelaki cium dia cakap bau macam asap rokok.

"Tapi mama masih tak puas hati dan rasa tak sedap duduk. Terus ajak papa pergi klink swasta. Bila daftar klinik swasta tu tak terima sebab suhu badan kakak dah panas sangat," katanya.



Bateri jam kecil amat berbahaya jika dimasukkan ke dalam lubang hidung kerana boleh menghakis. Gambar sekadar hiasan.

Disebabkan klinik swasta enggan menerima kes Aura, pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka ke Hospital Serdang pada 31 Mei lalu.

"Sampai sahaja Hospital Serdang papa terus bawa kakak pergi di bahagian kecemasan daftar semua, terus pergi jumpa doktor.

"Doktor pun tak pasti benda apa cecair hitam tu. Lepas tu doktor minta nak x-ray," katanya.

Bateri jam ni bahaya sikit sebab boleh menghakis sebab tu keluar cecair warna hitam. Doktor pesan suruh cuci sehari banyak kali pun tak pe.

ATIRAH ALIAS

Ibu

Sebaik sampai di bilik x-ray, Atirah terkejut apabila diberitahu doktor mengenai benda yang berada di dalam lubang hidung anaknya itu adalah bateri kecil.

Selepas x-ray dilakukan, Atirah berkata doktor terpaksa mengeluaran bateri kecil itu menggunakan besi dan wayar.

"Kakak menangis tanpa henti. Bayangkan kita kena check Covid-19 pun dah sakit. Dia korek dengan wayar dan besi. Mama hanya mampu berdoa saja ketika itu.

"Setelah beberapa minit mama call papa, papa beritahu dah siap. Bateri pun dah keluar. Alhamdulillah syukur sangat rasa time tu. Hanya Allah sahaja tahu macam mana rasa, ” katanya.



Doktor terpaksa mengeluarkan bateri tersebut menggunakan besi dan wayar.

Namun Atirah dimaklumkan suaminya bahawa doktor memberitahu bateri jam itu amat berbahaya kerana boleh menghakis.

"Bateri jam ni bahaya sikit sebab boleh menghakis sebab tu keluar cecair warna hitam. Doktor pesan suruh cuci sehari banyak kali pun tak pe.

"Antibiotik seminggu kakak kena habiskan. Masa appointment 4 Jun lalu doktor tengok ada lagi kesan hitam tu. Walaupun dah cuci tapi kesan ada lagi jadi doktor minta cuci lagi.

"Kakak nangis tak henti sampailah dia terasa OK masa doktor cuci. Dia berhenti nangis sendiri. Doktor bagi ubat lain lagi. Minta cuci setiap hari dan 11 Jun minta datang lagi," katanya.

Berdasarkan pemeriksaan menggunakan kamera di hospital pada Khamis lalu, Atirah berkata hidung anaknya masih lagi ada bekas kesan bateri tersebut.

"Jadi kena cuci lagi. Kakak dah nangis lagi. Mama tak dapat nak bayangkan macam mana. Setiap minggu kakak hanya bertemankan papa.

"Ujian buat kakak. Kakak kena kuat. InsyaAllah minggu depan kita pergi kakak dah OK dan dah sembuh. Doakan semoga kakak Aura cepat sembuh ye.

"Jika sesuatu terjadi dekat anak-anak macam tu tolong cepat bawa pergi hospital. Jika terlambat bahaya boleh menghakis nanti. Masuk manik tak pe lagi," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bateri jam, Aura, cecair hitam, hidung, korek

Artikel Lain