suria

“Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

Luahan hati wanita itu mendapat perhatian ramai menerusi laman Facebook.

KERA di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kisah seorang suami yang didakwa curang oleh isterinya.

Lebih pilu kata wanita itu, dia baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

Luahan ibu anak dua itu dikongsi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga pada awal pagi Rabu dan kini menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

"Bolehkah saya meluahkan perasaan? Saya baru habis pantang anak nombor dua. Sekarang saya tengah stres teruk, menangis hari-hari.

"Suami kantoi menjalin cinta dengan perempuan lain. Siap bagi duit, padahal kita cukup-cukup makan je," ujar wanita itu.

Menurut wanita itu, dia tidak menyangka suaminya sanggup berlaku curang.

Kata wanita itu, dia bagaikan sudah tidak boleh melihat wajah suaminya akibat kecewa dengan apa yang dilakukan.

Malah, dia kini bagaikan sudah tidak boleh melihat wajah suami sendiri kerana terlalu kecewa dengan hal itu.

"Waktu Covid-19 macam ni ada ke hotel yang buka? Saya nak keluar dari rumah ni.

"Saya tak boleh tengok muka suami. Keluarga saya jauh. Saya seorang diri di sini.

Suami kantoi menjalin cinta dengan perempuan lain. Siap bagi duit, padahal kita cukup-cukup makan je.

ISTERI MALANG

"Saya mohon ibu-ibu doakan saya pulih semangat. Saya berpantang sendiri. Badan sakit, hati sakit... down sangat," luahnya lagi.

Menurut wanita itu, dia dan suaminya sama-sama menjalankan perniagaan.

Lebih mengecewakan, suaminya bertindak begitu sewaktu perniagaan mereka semakin maju dan berkembang.

Dalam pada itu, luahan berkenaan turut dihujani lebih 600 komen netizen.

Antara komen-komen netizen.

Selain meluahkan rasa simpati, ramai yang meminta dia bersabar dan mencari penyelesaian terbaik demi keluarga.

"Baik duduk diam-diam. Berpantang elok-elok. Ambil masa cantikkan diri. Habis pantang nanti InsyaAllah Covid-19 pun dah tak ada, apa lagi bolehlah angkat kaki.

"Itulah lelaki. Bila susah, kitalah bergolok bergadai harta dan nyawa. Tapi bila senang sibuk nak cari perempuan lain.

"Bersabar dan bertahan dulu sis. Yang penting jaga badan dan kesihatan.

"Tolong tabah untuk anak. Selalu doa minta Allah kuatkan semangat," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain