suria

“Manalah kita mampu nak paksa Pos Malaysia” - Pensyarah tak jadi bagi ‘duit kecil’ selepas terbayang posmen terduduk tak dapat bonus

Seorang pensyarah mencadangkan inisiatif bernas kepada netizen sebagai satu pertolongan bagi meringankan beban petugas kurier.

TREND pembelian barangan secara dalam talian (online) semakin menunjukkan peningkatan ketara tambah-tambah lagi sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

Situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan lambakan barangan di setiap pejabat kurier, sehinggakan para petugas tidak menang tangan untuk membuat penghantaran kepada pelanggan.

Beberapa keping gambar yang viral di media sosial kebelakangan ini yang menunjukkan petugas ataupun rider kurier bertungkus lumus meredah hujan dan panas demi memastikan barangan selamat tiba ke tangan pelanggan, benar-benar menyentuh hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji kerana sanggup ulang alik 2 kali hantar parcel guru tercicir, abang kopiah hijau sempat bimbang nasib rider syarikat kurier

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat staf kurier termenung dalam hujan, ingatkan putus cinta tapi jawapannya memang mengejutkan - “Gaji dia RM1,000 lebih sahaja”

Terbaharu, tular pula di Facebook apabila seorang pelayar berkongsi kesedihan dan rasa sebaknya selepas mendengar luahan seorang posmen yang kecewa apabila mendapat khabar duka, yang mana syarikatnya tidak menyediakan bonus raya pada tahun ini seperti kebiasaannya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, seorang pensyarah tampil dengan inisiatif tersendiri bagi membantu meringankan serba sedikit beban golongan petugas kurier ini.



Perkongsian pensyarah ini mengenai inisiatifnya bagi membantu golongan posmen atau petugas kurier menjadi tular di Facebook.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, pensyarah tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu golongan posmen yang bertungkus lumus menghantar barangan sepanjang tempoh PKP ini.

"Dengan viral isu posmen tak dapat bonus, sedangkan mereka kerja keras nak hantar barang-barang kita, apa kata kita hulur 'duit raya' barang seringgit dua (bagi lebih pasti lebih berpahala) untuk abang-abang posmen bila mereka hantar barang ke rumah kita.

"Mereka gembira, kita juga pasti bahagia dengan pahala sedekah berkali ganda di bulan puasa ini. Manalah kita mampu nak paksa Pos Malaysia bayar bonus. Maka jom kita fokus kepada apa yang mampu kita buat saja.

"Jom masuk duit raya dalam sampul untuk posmen siap-siap. Oh. Bukan hanya untuk Posmen Pos Malaysia saja, kita beri saja pada mana-mana pekerja kurier yang hantar barang pada kita," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Gambar seorang posmen yang kesedihan lantaran syarikatnya tidak dapat memberikan bonus pada tahun ini mengundang rasa simpati netizen.

Menurut pensyarah bernama Norasyikin Mohamed Arif, inisiatif tersebut tercetus ketika dia mahu membayar kos penghantaran barang miliknya (COD) kepada seorang petugas sebuah syarikat kurier, baru-baru ini.

"Kena bayar RM7.50 kos COD, lalu kami suami isteri sibuk cari duit kecil nak bayar. Sudahnya suami kata, kita bagi lebih je lah pada staf JnT hantar barang.

"Masa tu lah terdetik dalam hati, apa salahnya share sikit duit raya untuk geng-geng posmen dan kurier. Kita ajak orang buat baik, tapi tak terfikir sampai jadi viral.

Benda ni simple. Ini dah nak dekat nak raya, inilah cara paling mudah, cepat dan sesiapa pun boleh buat.

NORASYIKIN MOHAMED ARIF

PENSYARAH

"Sebelum ni tertengok post yang ada gambar posmen terduduk sebab tak dapat bonus. Masa tu cuma boleh kata 'kesiannya'," katanya kepada mStar.

Pensyarah berusia 38 tahun ini juga berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular malah turut mendapat maklum balas positif daripada netizen.



Inisiatif Norasyikin mendapat pujian daripada netizen.

"Benda ni simple. Ini dah nak dekat nak raya, inilah cara paling mudah, cepat dan sesiapa pun boleh buat.

"Ada yang komen terima kasih sebab bagi idea ni. Tak terfikir selama ni. Itu yang best. Tak sangka perkongsian macam ni, ada hikmah besar pada ramai orang," kata pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah ini lagi.

Sehingga kini perkongsiannya di Facebook meraih sehingga hampir 700 shares, selain dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya memuji inisiatif tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
posmen, pensyarah, duit raya, bonus, PKP

Artikel Lain