suria

Terbeban dengan permintaan ibu, Shindong pilih putuskan hubungan

Shindong terbeban bantu keluarga.

AHLI kumpulan Super Junior iaitu Shindong memilih untuk memutuskan hubungan dengan ibu bapanya disebabkan masalah kewangan.

Shindong berkata, kejadian sama yang berulang kali berlaku membuatkan dia nekad untuk tidak lagi menghubungi mereka.

"Sejujurnya, buat masa ini saya tidak lagi berhubung dengan ibu dan ayah saya," ujarnya semasa menjadi tetamu rancangan Battle of Fates.

Shindong kongsi punca dia tidak berjumpa ibu bapanya lagi.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membantu keluarga, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

Jelas Shindong, dia sebelum ini sering memberikan wang perbelanjaan kepada ibunya bagi menampung kehidupan harian.

Bagaimanapun, ibunya gemar meminta jumlah yang lebih besar sehingga membebankan dirinya.

"Apabila saya memberi ibu duit belanja, dia minta menyerahkan semua duit yang saya ada,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shindong Super Junior dah ada buah hati tapi tak mahu kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Shindong (Super Junior) Sertai Latihan Tentera

Tambah Shindong, duit bulanan yang diberikan kepada ibunya digunakan untuk tujuan pelaburan yang kononnya akan memberi pulangan yang lebih tinggi. 

Namun perkara sebaliknya berlaku apabila wang berkenaan dilaporkan beberapa kali hilang selepas menjadi mangsa penipuan.

Situasi itu akhirnya menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka sehingga Shindong mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing demi mengelakkan konflik berpanjangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain