suria

Wanita berang makcik ‘cop’ saf tarawih, menyelit sebab nak kena aircond... Dah tegur tapi dapat jawapan menyakitkan hati

Sikap bertolak ansur dan menghormati jemaah lain mencerminkan keperibadian seseorang. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali bulan Ramadan pasti banyak cerita yang dikongsi termasuk pengalaman berkunjung ke bazar mahupun ketika menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Dalam keghairahan merebut ganjaran bulan Ramadan, wujud individu yang kurang peka terhadap keselesaan orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan jemaah.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa geram selepas berdepan situasi tidak menyenangkan ketika menunaikan solat tarawih di sebuah masjid.

"Ada makcik sebelah kiri aku memang usha slack je sejak aku masuk. Kami saf paling last sekali dan belakang aku dinding. 

"Tiba-tiba ada tiga, empat orang duk selit belakang aku yang dah memang sempit, rupanya tu semua anak-anak makcik tu," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarawih terganggu, jemaah dihempuk dengan penyapu! Wanita harap budak kecil tak dibawa ke masjid, ganggu orang dewasa

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kecewa, mengeluh tak dapat tarawih berjemaah di masjid gara-gara tiada parkir - “Belum rezeki jadi tetamu Allah”

Tambahnya, jemaah wanita berkenaan enggan berganjak walaupun sedikit bagi memberi ruang, sehingga menyukarkannya untuk bergerak, termasuk ketika duduk tahiyat akhir.

Situasi itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari saf sejurus selesai solat sunat Isyak dan bercadang menunaikan solat di luar ruang solat wanita.

Bagaimanapun, ketika dia hendak bangun, wanita warga emas itu didakwa memanggil anaknya untuk masuk ke ruang yang ditinggalkannya.

Golongan muslimah tidak ketinggalan menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid. -Gambar hiasan

Menurutnya lagi, adiknya menegur tindakan tersebut, namun jemaah wanita itu memberikan alasan bahawa ruang akan menjadi lebih luas apabila jemaah lain bangun, malah mencadangkan agar dia bergerak ke saf hadapan.

"Aku terus bangun dan pergi. Sebabkan perangai macam makcik ni la buatkan orang malas nak ke masjid. Memanglah rapatkan saf tapi beragak la sampai nak solat tak selesa.

"Masjid bukannya kecil, besar gila kot. Nak juga tempat aircond tapi attitude macam gamp**ng," luahnya lagi. 

  • Seorang wanita meluahkan rasa geram apabila berdepan situasi tidak selesa ketika solat tarawih di sebuah masjid.

  • Ujarnya, seorang jemaah wanita bersama tiga anaknya menyelit walaupun ruang saf sudah sempit.

  • Ini menyebabkan dia sukar bergerak terutama ketika duduk tahiyat akhir.

  • Disebabkan geram, dia keluar dari saf dan bercadang solat di luar.

  • Ujarnya, perangai sedemikian boleh membuatkan orang malas ke masjid.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-rata menekankan kepentingan sikap bertolak ansur dan menjaga adab sesama jemaah demi memastikan suasana ibadah kekal tenang serta selesa untuk semua.

"Sesetengah orang tua memang tiada otak tapi majoritinya baik. Apa-apa pun awak lakukan benda yang betul.

"Kalau ikut hati mesti nak maki, tapi bagus awak tukar tempat. Abaikan je perangai orang tu," demikian komen netizen.

Adab dengan jemaah di masjid

Memetik ceramah pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menghormati Jemaah lain adalah sebahagian daripada akhlak Islam.

Menurutnya, sememangnya menunaikan solat secara berjemaah mempunyai banyak kelebihan namun hadir ke masjid dalam keadaan yang mengganggu orang lain adalah dilarang.

Artikel Lain

Intan Najuwa hamil anak kedua