suria

‘Housemate’ PJJ dengan suami tergamak bawa pulang BF, skandal pun laki orang! Wanita enggan bersubahat, pilih keluar dari rumah sewa

Setiap penghuni rumah sewa sewajarnya menjaga ruang privasi rakan serumah yang lain. -Gambar hiasan AI

RAMAI pasangan yang sudah berkahwin tetapi menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) memilih menyewa rumah bersama rakan-rakan bagi mengelakkan rasa sunyi apabila berjauhan.

Bukan sekadar menghilangkan rasa sunyi, tinggal serumah dengan rakan boleh mengurangkan beban kewangan memandangkan boleh berkongsi bayaran sewa, bil utiliti dan sebagainya.

Apabila berjauhan dengan suami atau isteri, tinggal di rumah dewa boleh menjamin keselamatan, keselesaan serta nilai moral setiap individu.

Bagaimanapun, kesemua perkara itu boleh bertukar menjadi bencana apabila semua garis sempadan yang sepatutnya dijaga tidak dihormati. 

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah di rumah sewa lama berulang... 'Housemate' baharu pun suka bawa masuk kekasih, kawan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Masa belajar dah pandai bawa balik jantan, siap tidur sebilik... Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!

Seperti kisah dikongsikan wanita ini, dia nekad berpindah keluar selepas rakan serumah 'kantoi' membawa pulang teman lelakinya ke rumah bujang mereka.

Apa lebih mengecewakan, rakannya bersatus isteri orang dan langsung tidak rasa bersalah dengan apa dilakukan.

"Aku pindah keluar dari rumah aku baru-baru ini sebab rakan serumah yang merupakan isteri orang dan tengah LDR (hubungan jarak jauh) dengan suami dia, mula bawa pulang teman lelaki dekat rumah.

"Aku tegur, dia suruh aku jaga tepi kain sendiri. Weh, dah kita serumah. Kau lah tepi kain aku tu.

Hubungan jarak jauh (PJJ) menjadi antara punca yang membuka peluang untuk curang kepada pasangan masing-masing. -Gambar hiasan

"Paling tak tahan, teman lelaki dia ni pun suami orang, yang juga tengah LDR dengan isteri. Geli tau," tulisnya dalam hantaran di laman Threads. 

Tambah wanita tersebut, apa lebih membuatkan dia geram, rakan serumahnya itu bukan sahaja menafikan privasi dirinya tetapi tidak mempunyai rasa malu selepas ditegur.

"Dia kata kalau aku tak selesa, takpe teman lelaki dia duduk dalam bilik je. Speechless aku," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata menyokong wanita berkenaan kerana mengambil langkah tepat kerana enggan bersubahat dengan kegiatan maksiat.

  • Seorang wanita nekad berpindah keluar selepas rakan serumahnya membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa.

  • Rakan serumah itu merupakan isteri orang yang sedang LDR.

  • Teguran wanita tersebut tidak diendahkan, malah dia diminta 'jaga tepi kain sendiri'.

  • Lebih mengejutkan, lelaki yang datang itu juga berstatus suami orang.

  • Wanita itu turut melaporkan perkara tersebut kepada tuan rumah.

Malah mereka mencadangkan supaya dia membuat laporan kepada pihak berkuasa agama ataupun suami rakan serumahnya itu.

Namun ujar wanita itu, dia hanya membuat laporan kepada pemilik rumah sewa kerana bertanggungjawab memaklumkan kegiatan maksiat yang berlaku di kediamannya. 

"Tuan rumah di luar kawasan. Aku dah beritahu (tuan rumah), sebagai alasan aku pindah keluar," ujarnya lagi.

Hukum mencurangi pasangan

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun, curang antara suami orang dengan isteri orang merupakan dosa yang besar dalam agama.

Ujarnya, bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 

"Bukan dalam kalanganku mereka yang merosakkan hubungan suami isteri"

Ini menunjukkan betapa seriusnya perbuatan mengganggu atau meruntuhkan rumah tangga orang lain. 

"Selama mana mereka berhubung, dicatatkan sebagai dosa," katanya. 

Artikel Lain

Intan Najuwa hamil anak kedua