Ramai yang menjana pendapatan melalui lebih daripada satu pekerjaan pada masa yang sama. -Gambar hiasan
SEORANG wanita meluahkan rasa tawar hati hendak mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya apabila mula melihat sikap sebenar lelaki tersebut.Kongsi wanita itu, dia terpaksa bekerja keras bagi menghalalkan hubungan mereka namun tidak melihat bakal suaminya melakukan perkara serupa termasuk berusaha menambah pendapatan. Jelasnya, dia kini melakukan tiga pekerjaan serentak iaitu bekerja di pejabat, pembantu pasar raya selain menjadi live host dan ejen insurans bagi mengukuhkan kewangan.Berlainan dengan kekasihnya, lelaki itu hanya semata-mata bekerja sebagai penghantar makanan dan bersikap memilih waktu bekerja mengikut keselesaan sendiri.Penghantar makanan merupakan satu pekerjaan yang mudah untuk mencari pendapatan lebih. -Gambar hiasan"Dia tak pulun (bersungguh bekerja). Waktu bekerja pula pilih ikut suka dia maksudnya dia tak akan buat waktu awal sebab malas bangun pagi."Bila saya suruh dia buat satu lagi pekerjaan yang ada gaji pokok, macam-macam alasan dia bagi. Suruh cari kerja tetap yang ada OT (overtime) macam F&B (food and veberages)."Tapi dia nak kerja yang ada kaitan F&B semata-mata. Dia nak bergantung pada pendapatan itu saja," luah wanita itu.Tambah wanita itu, bukan hanya soal pekerjaan menjadi kebimbangannya tetapi sikap lelaki berkenaan yang didakwa gemar mereka cerita untuk kelihatan hebat di mata orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup buat 2 kerja, semua gaji guna untuk famili... Isteri tetap tak puas hati, sebabnya tak bantu buat kerja rumahARTIKEL BERKAITAN: Arkitek pun buat dua kerja, tak malu jadi ‘rider’ nak cari duit lebih... Sikit pun tak mengeluh penat, faham konsep syukurMalah ketika pulang ke kampung halaman teman lelakinya, ramai yang memujinya dan menyifatkan lelaki itu rajin serta menjadi idaman ramai wanita."Ramai cakap yang saya ni untung dapat dia. Dia ni handsome, rajin dan ramai orang minat dekat dia. Jaga dia elok-elok. Tapi perkara sebenarnya?," kata wanita itu lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihati supaya berfikir panjang sebelum melangkah ke alam perkahwinan."Fitrahnya lelaki yang menafkahi, bukan sebaliknya. Kalau belum kahwin pun dah malas, lepas nikah nanti macam mana?Wanita ini buat tiga kerja demi kahwin, teman lelaki pula hanya jadi rider ikut suka waktu.Disuruh cari kerja tetap atau tambah pendapatan, pelbagai alasan diberi.Dia siap tolong susun jadual dan cadang kerja lain, tapi tetap ditolak.Orang kampung puji lelaki itu rajin dan kacak, namun realiti berbeza.Netizen nasihat fikir masak-masak sebelum teruskan hasrat berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Awak terlalu berharga untuk sia-siakan hidup dengan lelaki macam tu. Lelaki baik masih ramai, bersabarlah dalam mencari jodoh," tulis seorang netizen.Menjawab kritikan dan pandangan diberikan, wanita itu memaklumkan dia sudah berusaha membantu teman lelakinya mencari peluang pekerjaan termasuk menyediakan jadual kerja sebagai rider."Saya sudah paksa dia, siap bagi macam-macam nasihat. Buat jadual untuk rider sekiranya dia memang tak nak buat kerja sebagai rider sepenuh masa. "Saya siap bagi kerja paling kurang tekanan dengan penstriman permainan video. Syarikat ni bayar gaji RM2,000 untuk strim permainan video."Saya ada juga ajak dia sekali bekerja dekat satu syarikat dengan saya tapi dia tak nak dan cakap bukan dalam bidang dia," jelasnya yang buntu dengan sikap pasangannya ini.